Yang belum daftar, mohon daftar! 30,324 individu OKU di Terengganu dah daftar dengan JKM negeri!
Published byHanafiah beramah mesra dengan peserta diolog OKU
SERAMAI 30,324 individu berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Terengganu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri itu sehingga Jun 2022.
Daripada jumlah tersebut pendaftaran yang paling tinggi membabitkan OKU pembelajaran (12,747 orang), fizikal (8,735 orang), dan penglihatan (2,651).
Manakala OKU pendengaran pula seramai 2,390, mental (2,227 orang), pertuturan (162 orang) manakala OKU pelbagai pula 1,411 orang.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan orang kurang upaya
Hanafiah Mat
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu Hanafiah Mat berkata pihaknya menerusi JKM akan meningkatkan lagi pendaftaran OKU yang belum berdaftar supaya bantuan selayaknya dapat disalurkan kepada mereka selain memperkasa golongan berkenaan.
Katanya,
ia sebagai tanda kecaknaan kerajaan negeri yang sentiasa mengambil berat
terhadap golongan kanak-kanak OKU yang juga kumpulan sasaran yang sentiasa
diberi perhatian.
“Berdasarkan anggaran Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sekurang-kurangnya sebanyak 15 peratus populasi negara adalah terdiri daripada golongan OKU atau 4.8 juta populasi OKU di negara ini,” katanya pada sesi Dialog Bersama Warga OKU Terengganu di Hotel Primula, Kuala Terengganu, pada 22 Jun 2022.
Sebahagian OKU Terengganu yang menghadiri dialog bersama Ahli Exco Kerajaan Terengganu Hanafiah Mat
Beliau berharap lebih ramai individu OKU dan penjaga OKU yang masih belum mendaftar diri sendiri atau anak-anak OKU di bawah jagaan mereka untuk mendaftar di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran.
“Tujuan pendaftaran itu bukan semata-mata mendapat bantuan kewangan tetapi keistimewaan kad bagi memastikan keberadaan dan keperluan OKU,” katanya. - KitaReporters
Peserta dialog OKU Terengganu