BEKAS pelakon dan pengacara yang kini menetap di Australia bersama suami dan anak-anak, Wardina Safiyyah melahirkan rasa marah dan kesalnya terhadap seorang lelaki yang menggunakan gambarnya tanpa izin dalam media sosial. Wardina menerusi laman Instargam miliknya memuat naik gambar tangkap layar gambarnya dan beberapa perbualan melibatkan beberapa orang lelaki. : KitaReporters

Perbualan berbau lucah ini sangat tidak beradab dan mencemarkan nama Islam.


Lebih menjijikkan, lelaki-lelaki yang dipercayai berbual dalam dialek Kelantan itu menggunakan gambarnya untuk bercakap sesuatu yang memalukan dan tidak sopan.

“Yang ini saya rasa nak runding terus,” tulis lelaki berkenaan berserta gambar Wardina yang tertulis jumlah angka 6.61 billion yang dipercayai ada kaitan dengan isu politik yang sedang hangat kini iaitu nilai projek rundingan terus yang diluluskan oleh kerajaan Parti Harapan (PH).


Justeru, perbualan serta penyalahgunaan gambarnya itu menyebabkan Wardina tampil memberi amaran. Dia menulis:

“Tak tahulah korang lelaki Melayu “Islam” pejuang “agama” rasa macam mana? No honestly though what do you get? Ada ke Nabi SAW ajar bercakap dan memalukan saudara seIslam dan seorang wanita macam ni? Kalau masih ada maruah dan rasa malulah. 

"I don’t even understand what you’re talking about! Tahulah kepala otak tu politik 24 jam. Kalau tak ada rasa malu buatlah suka hati. Saya ni ibu dan isteri orang. Have some respect at least. Boleh tidak bersetuju. Tapi tak perlu macam ni.

“Mohon jangan suka hati pakai gambar saya macam ni! Saya sebenarnya tak izinkan. Such disgusting behaviour. I can’t digest.

“Sembang pasal Islam bukan main, tapi adab dan akhlak, ya Allah! Memalukan! Bukan Nabi datang untuk memperbetulkan akhlak kita?,” .


Menurut Wardina lagi, cara mereka itu boleh dianggap sebagai buli siber dan ia sangat menjijikkan terutama kalau dilihat oleh kanak-kanak.

“Anak-anak tengok. Kalau bapak mereka buat begini, anak-anak pun buat juga dekat orang lain. I mean honestly. Is this a society you want to live in? Devoid of adab and enjoy/glorify bullying and trashing others?

“Pada pejuang politik. Tak payahlah nak up post 5 tahun lepas. Tak sudah-sudah. Get a life. You’re sick in the head, in the mind and in the heart!

“I’m so glad I’m not in Malaysia. I’m never returning. You can leave me out of your conversations. Thanks. I’m very happy here away from all the toxicity,” tulisnya geram.


Selain Wardina, sudah tentu suaminya, Ikhwan Johari turut terasa apabila isteri dipermain-mainkan seperti itu. Bertindak pantas, Johan mencelah dalam ruangan komen dengan memperkenalkan dirinya.

“Saudara mohon padam status kurang sopan ini. Sebagai suami kepada Wardina, saya rasa kasihan pada saudara dan kawan-kawan atas dosa secara berjemaah ini.

“Semoga Allah beri hidayah dan petunjuk balik ke pangkal jalan benar. Nak berpolitik, berpolitiklah. Tapi jangan jatuhkan maruah seorang perempuan umpama tiada harga.

“Segala komen berunsur lucah tidak saya maafkan dunia akhirat. Dah besar panjang, pandai-pandailah jaga diri,” ujar suami Wardina.


Bagaimana seorang dewasa dan berimejkan Islam boleh berkelakuan seperti ini? Sudah tentu perbuatan ini memburukkan imej Islam di mata orang bukan Islam. Tepuk dada tanya iman! - KitaReporters

10
1
2
2
0

Copy Link: