1 April 2022 menjadi hari bahagia dalam kehidupan bekas ratu cantik Miss Malaysia World 2008, penyanyi, pengacara dan pelakon, Dr Soo Wincci, 36, apabila dilantik secara rasmi sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik di Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Dan pada hari yang sama dia mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Ratu Cantik Malaysia Yang Pertama dilantik sebagai Profesor Madya.

Wincci mengumumkan khabar gembira ini berserta gambar-gambar dalam akaun Instagramnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Soo Wincci


Wincci terima anugerah daripada MBOR. - Kredit foto: IG dr_soowincci

"Beberapa tahun ini, kita semua betul-betul diuji. Bak kata pepatah, 'apa yang tak dapat musnahkan kita, ia akan menjadikan kita lebih kuat'. Ini memang bukan 'April Fool'.

“Hari ini, secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula daripada seorang ratu cantik, sekarang, satu demi saya langkah ke alam profesor," itulah kata Dr Soo Wincci yang menerima gelaran Miss Malaysia World 2008 ketika berusia 19 tahun.


Menerusi hantaran dimuat naik, Wincci juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang ada di sepanjang perjalanannya dan turut berkongsi perasaan patriotiknya.

"Jutaan penghargaan kepada semua yang selalu menyokong perjalanan saya. Terima kasih juga kepada semua yang mentertawakan, mengkhianati dan melukakan saya. Segalanya pasti ada hikmah tersirat.

"Ia adalah satu bab baharu. Saya tidak akan melupakan negara saya. Saya juga tak akan melepaskan pasaran antarabangsa. Jangan menyerah kalah kepada impian anda dan sentiasa bangkit lebih kuat selepas setiap kejatuhan," tulisnya yang juga turut memuat naik gambar sijil yang diterimanya daripada organisasi itu.



Selepas berjaya dalam bidang seni Wincci, yang lahir pada 26 Oktober 1985 di Petaling Jaya, Selangor mempunyai impian mendalam untuk berjaya dalam bidang pendidikan dan terpaksa mengharungi kegetiran untuk memperoleh kejayaan dalam bidang akademik. - KitaReporters


12
11
0
17
0

Copy Link: