Video| Didie Alias simbol 'Lagi Tua, Lagi menjadi'! Teruja dilantik duta! Produk kecantikan Aisel!
Published byDidie Alias bersama Madam Aisel. - Kredit foto: FAS.
USIANYA sudah menjangkau 50 tanun pada 11 Januari 2022 lalu, malah ibu kepada enam orang anak ini baru sahaja menimang cucu ketiganya namun siapa sangka Didie Alias masih anggun sehingga dilantik sebagai duta produk penjagaan wajah, Aisel.
“Sejujurnya, Mami sendiri tidak menjangka dengan tawaran ini memandangkan dalam usia begini bukannya mudah untuk mendapat kepercayaan sesebuah jenama penjagaan wajah seperti Aisel untuk memilih Mami sebagai duta,’ ujar pemilik nama sebenar, Fadzilah binti Mohd @ Ali yang membahasakan dirinya ‘Mami’ ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Didie Alias
Menurutnya, tawaran tersebut merupakan yang pertama diterimanya selepas berpuas hati dengan kesan yang diperoleh setelah tiga bulan mencubanya.
“Mami sebenarnya cerewet bab pengunaan produk apatah lagi mempunyai kulit sensitif kerana itu mami perlu mencubanya dahulu sebelum menerima tawaran dan terbukti selepas tiga bulan garis-garis pada bahagian leher nampak berkurangan dan kulit wajah rasa segar dan tegang,” cerita Didie Alias ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Aisel, sekali gus memperkenalkannya sebagai duta produk tersebut pada 23 Mac 2022 lalu.
Seperti biasa Roslan Shah bergurau dengan Ani Maiyuni dan Ieda Moin.
Turut hadir pengasas produk, Madam Aisel atau nama sebenarnya, Zeti Isma Isa atau mesra disapa ‘Zet’ oleh kawan-kawanya. serta rakan-rakan selebriti antaranya Haleeda, Ieda Moin, Ani Maiyuni dan ramai lagi dengan Roslan Shah bertindak sebagai pengacara, manakala penyanyi Ayu Damit menghiburkan hadirin dengan beberapa buah lagu.
Berkongsi lanjut, Didie Alias memberitahu, sesuai dengan penyampaian mesej Aisel iaitu ‘Age is just a number’ (umur hanyalah sebuah angka), beliau akui dengan ungkapan ‘lagi tua lagi menjadi’ mencerminkan dirinya yang walau pun sudah bergelar ‘nenek vogue’ namun tetap mahu kekalkan penampilan dirinya agar sentiasa kekal cantik dan sihat.
“Kecantikan adalah kunci pertama buat wanita dalam segenap usia. Baik wanita mahu pun lelaki perlu sama-sama memelihara dan memiliki kulit wajah yang cantik dan produk AISEL mampu memberikannya,” tambah Didie sambil memberitahu yang beliau turut mengamalkan pemakanan vitamin yang diperoleh daripada pakar doktornya, bagi menjaga kesihatan agar terus kekal bertenaga.
Tambah Didie lanjut, memandangkan beliau aktif ke hulu ke hilir menggalas tugas sebagai artis dan ibu serta isteri, beliau sentiasa bergerak aktif dan itu antara ‘senaman’ yang menjadi rutin hariannya untuk kekal sihat.
Sementara itu, Madam Aisel yang turut ditemui berkata, pemilihan Didie dianggap tepat sebagai wanita yang mampu menyampaikan kesedaran kepada orang ramai, bukan sahaja tentang produk tetapi paling utama ialah mengenai ideologinya untuk menggalakkan orang bersifat berani, berketrampilan dan yakin terhadap diri sendiri dalam apa jua keadan dan cabaran.
“Saya melihat Didie Alias memiliki ciri seorang wanita yang aktif dan bergaya walaupun sedang meningkat usia,” tambah Zeti menyasarkan mampu mencapai jualan melebihi RM10 juta apabila beberapa produk lain diperkenalkan selain dua produk utamanya iaitu Premium Bright Up Ampoul berharga RM189 dan juga Aisel Dual Beauty Balm pada harga RM139.
Jelas Madam Aisel, produk hasil teknologi Korea Selatan tetapi memiliki sijil halal memandangkan produk berkenaan diperbuat sepenuhnya dari bahan semula jadi seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan hijau seperti teh hijau, pegaga, biji bunga teratai, kulit beras dan shea butter.
“Sangat ringan dipakai, kedua-dua produk ini mampu bertahan lebih daripada 8 jam dan tidak berminyak, mengembalikan keaslian kulit wajah dan tidak bercapuk walau pun dalam keadaan berpeluh,” celah Didie Alias kembali.
Menariknya, Aisel diambil daripada perkataan dalam bahasa Azerbaijan yang membawa maksud pantulan cahaya bulan pada permukaan air.
“Selain maksud tersebut Aisel turut membawa pengertian dalam bahasa Inggeris ‘I Sell’ iaitu ‘Saya Jual’,” akhiri Madam Aisel dengan harapan produk yang diusahakannya sejak lebih setahun lalu dapat diterima semua malah menyasarkan mampu menjual kira-kira 100,000 unit bagi setiap produk apabila promosi atau jelajah bersama Didie Alias dirancangkan tidak lama lagi termasuk beberapa lagi produk kosmetik yang bakal diperkenalkan. - KitaReporters
DidieBergambar bersama team Aisel.