PENGAGIHAN buah kurma tentu ia amat bermakna sebagai juadah berbuka puasa bagi warga yang kurang berkemampuan ketika menyambut bulan Ramadan sejak beberapa hari lalu.

Namun, dari satu pengertian lain dilihat kecaknaan seorang wakil rakyat terhadap warga apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Terengganu, Datuk Abd. Halim Jusoh mengagihkan kira-kira 4,500 kotak buah kurma kepada penduduk di kawasan tersebut sejak 7 April 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buah kurma


ABD. Halim Jusoh (kiri) bersama petugas untuk menghantar sumbangan buah kurma kepada penduduk kampung di DUN Permaisuri pada 7 April 2022.


Pemberian buah kurma kepada warga terbabit yang dilakukan oleh Ketua UMNO Cawangan di kampung masing-masing bukan sahaja menyemarakkan bulan Ramadan. Malah program berkenaan turut dilihat dapat mengimarahkan dengan keberkatan bulan yang suci itu

Abd. Halim berkata pengagihan buah kurma secara percuma sering dilakukan setiap tahun pada bulan Ramadan agar penduduk kampung yang tidak berkemampuan tidak ketinggalan dapat menikmati buah itu yang disunatkan ketika berbuka puasa itu.


ABD. Halim sedang melihat sebahagian daripada 4,500 kotak buah kurma di Pejabat DUN Permaisuri yang akan diagihkan penduduk kampung.  


Menurutnya, pada tahun 2021, pihaknya telah memberi sumbangan buah kurma lebih 3,000 kotak kepada keluarga miskin di Dewan Undangan Negeri tersebut.

"Tetapi pada tahun ini (2022), pihaknya telah menambah jumlah dari 3,000 kotak kepada 4,500 kotak supaya warga di DUN Permaisuri tanpa mengira mereka miskin ataupun sebaliknya tidak tercicir akan mendapat buah kurma yang kita sumbang itu.

“Walaupun nilai buah kurma itu tidak seberapa tetapi kita berharap sumbangan yang diagihkan itu amat bermakna kepada mereka sempena bulan puasa ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu pada 7 April 2022.


ABD. Halim sedang memberi sumbangan buah kurma kepada Rokiah Mohamad di rumahnya di Kampung Fikri pada 7 April 2022. 


Abd. Halim turut meluangkan masa menyampaikan sumbangan makanan sunah itu kepada beberapa warga di Kampung Fikri.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Ketua UMNO Cawangan untuk mengagihkan kurma tersebut dari rumah ke rumah di kampung masing-masing di DUN Permaisuri.

“Sebagai pemimpin masyarakat kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk melaksanakan tugasan itu,’’ katanya.


ABD. Halim sedang memberi sekotak buah kurma kepada seorang warga di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu pada 7 April 2022.


Selanjutnya ADUN Permaisuri itu berkata, walaupun sumbangan itu adalah kecil  tetapi ia amat bermakna kepada wakil rakyat itu yang tidak pernah lupa kepada warga meskipun berada dalam kepayahan sekali pun.

“Insya-Allah, bantuan kurma itu akan diadakan setiap tahun di samping bantuan-bantuan lain seperti beras dan bakul makanan, kita agih juga kepada penduduk yang memerlukannya,’’ kata Abd. Halim. - KitaReporters


ABD. Halim turut memberi sumbangan makanan dan buah kurma kepada seorang ibu tunggal, Siti Noor Fariza Muhamad, 42, (tiga dari kanan) yang sakit di rumahnya di Kampung Fikri, Setiu pada 7 April 2022.

12
15
0
14
0

Copy Link: