Video| Jadi ribut! Ah long larang jenazah warga dimandikan! Kerana tak bayar hutang! Tagih RM610!
Published bySUASANA di rumah Rusli selepas kekecohan berlaku apabila ah long datang menagih hutang RM610 dengan isterinya ketika jenazah Rusli sedang dimandikan. - Kredit foto: Tribunnews.com
SUASANA urusan memandikan jenazah seorang warga yang meninggal dunia di Takalar, Sulawesi Selatan menjadi kecoh seketika apabila seorang ceti atau rentenir tiba-tiba datang menagih hutang dengan keluarga mangsa sejumlah Rp2 juta (kira-kira RM610) pada 25 April 2022 lalu.
Dalam kejadian di Dusun Bontoloe, Desa Bontoloe, Gelesong, ceti atau ah long wanita terbabit dikatakan datang ke rumah Rusli Daeng Sute (meninggal dunia) untuk meminta hutang arwah dengan isterinya.
Rentenir dari bahasa Indonesia adalah orang yang meminjamkan wang kepada masyarakat dalam rangka memperoleh keuntungan melalui penarikan sejumlah bunga daripada wang yang diberi pinjaman.
Lagi cerita-cerita tragik berkaitan kegiatan ah long atau ceti haram
Ketika itu, jenazah Rusli
sedang dimandikan oleh warga untuk dikebumikan namun ceti itu tetap berkeras bahawa jika hutang tidak dibayar pada waktu itu dia tidak membenarkan
jenazah Rusli dikebumikan.
Suasana di rumah itu menjadi kecoh termasuk warga yang datang menziarahi kematian Rusli, akibat ah long itu asyik meminta wang dan memaksa isteri Rusli supaya menjelaskan hutang arwah dengan segera sebelum jenazah Rusli dibawa ke tanah perkuburan.
Pada awalnya, isteri arwah Rusli serta sanak saudaranya berjanji akan menyelesaikan hutang berkenaan selepas selesai jenazah Rusli kebumikan.
Seorang lelaki berbincang dengan sanak saudara Allahyarham Rusli yang berhutang RM610. - Kredit foto: Tribunnews.com
Namun penagih hutang itu tidak mahu bertolak ansur dan tetap berkeras agar wang tersebut hendaklah dijelaskan
sebelum jenazah Rusli dibawa turun dari rumah untuk dikebumikan di tanah
perkuburan di kampung berkenaan.
Berikutan dengan kekecohan itu, isteri Rusli serta sanak saudaranya bersetuju mengikuti arahan ceti itu untuk membayar hutang RM610 secepat mungkin sebelum jenazah arwah dikebumikan pada petang hari tersebut.
Sebuah video yang memperlihatkan kekecohan pengutip hutang itu sedang meminta hutang dengan keluarga Rusli viral dalam media sosial yang dimuat naik ke Facebook menerusi akaun Arnida Putri Bongsu pada 26 April 2022.
Arnida Puteri Bongsu memberikan kapsyen: Seorang rentenir datang melarang jenzah dimandikan, mengaku almarhum (arwah) punya hutang tapi tiada bukti)."
Dipetik Tribunnews.com pada 28 April 2022 lalu melaporkan bahawa Ketua Kampung Dusun Bontoloe, Kardi Situju berkata, penagih hutang itu datang ke rumah mangsa ketika jenazah Rusli sedang dimandikan untuk urusan pengebumian.
‘’Ada seorang wanita datang ke rumah Rabainna Daeng Sunggu, 37, (isteri Rusli) untuk menagih hutang suaminya sebelum jenazahnya dikebumikan.
‘’Menurut isterinya, semasa hayatnya arwah berhutang Rp500 ribu (kira-kira RM150) sahaja tetapi didakwa oleh wanita berkenaan bahawa arwah berhutang dengannya sejumlah Rp2 juta dan ia mungkin dikira termasuk faedahnya,’’ katanya.
Menurutnya, sebelum itu berlaku kekecohan kerana ceti tersebut tidak membenarkan jenazah Rusli dikebumikan selagi hutangnya tidak berbayar.
‘’Sekarang, syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai selepas keluarga Rusli bersetuju membayar hutang RM610 itu sebelum jenazah arwah Rusli dimakamkan,’’ ujar Kardi. - KitaReporters