Video| Biar betul! Jemaah haji bawa joran ke Mekah! Polis terpaksa rampas kerana tiada keperluan!
Published byLAZIMNYA individu yang terpilih untuk mengerjakan ibadat haji akan membuat persiapan ke Tanah Suci bukan sahaja dari sudut emosi dan mental semata-mata.
Tetapi juga persiapan dari segi barangan yang akan dibawa sepanjang 40 hari atau lebih di perantauan kembaca suci itu, termasuk membeli buku-buku keagamaan atau menyertai program, menjadi perkara utama yang difikirkan sebagai memudahkan urusan di sana kelak.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan ibadat haji
Namun ada juga bakal jemaah haji yang membawa perkara yang tidak sepatutnya dan lain daripada lain ketika namanya dipanggil untuk mengerjakan rukun Islam kelima tersebut.
Di sebalik kisah yang menginsafkan, ada juga kisah lucu melibatkan jemaah yang terlalu teruja untuk menunaikan ibadah haji.
Terbaharu, polis Surabaya di Indonesia berkata, pihaknya menahan seorang bakal jemaah haji di Indonesia kerana membawa joran (pancing) ke Mekah.
Direktorat Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umrah (Ditjen PHU) Kementerian Agama (Kemenag) Indonesia berkata, mereka terpaksa merampas barang yang tidak berkepentingan itu semasa memeriksa barangan jemaah haji termasuklah joran.
"Barangan yang disita adalah benda-benda tajam, pemetik api dan lain-lain. Tetapi, joran itu juga terpaksa kita rampas.
"Ini kerana kami mendapati barangan itu tidak mempunyai kaitan dengan ibadah dan boleh mengganggu kelancaran proses menunaikan haji bagi jemaah yang lain," katanya.
Sementara itu, video rampasan barangan itu juga tular dalam media sosial Indonesia dan rata-rata warganet pelik mengapa jemaah tersebut mahu membawa alat memancing itu.
Malah, ada yang pelik kerana belum ada kawasan di Mekah dan Madinah yang menjadi tumpuan pemancing sebelum ini.
Mungkin jemaah itu membayangkan masa-masa terluang boleh digunakan dengan aktiviti memancing.
Semoga kisah-kisah lucu itu menjadi pedoman bukan sahaja kepada jemaah haji ke Mekah tetapi maklumat kepada kita semua. - KitaReporters