Video| Sambut hari jadi ke-56: Salman Khan dipatuk ular! Terima rawatan 6 jam! Diminta berehat!
Published byBINTANG terkenal Bollywood, Salman Khan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56 pada Isnin, 27 Disember 2021 lalu dalam suasana cemas.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Salman Khan
Insiden ini berlaku ketika bintang popular ini sedang duduk sambil berbual dengan rakan-rakan di sebuah taman di rumah ladangnya. Salman berada di rumah ladangnya bagi persiapan merayakan ulang tahunnya secara sederhana kerana masih dalam pandemik Covid-19.
Rakan-rakannya menjerit melihat tangan Salman dipagut dan segera membawa selebriti ini ke Hospital Kamothe dan menerima rawatan selama enam jam.
Berita ini cepat tersebar menyebabkan para peminatnya panik. Namun doktor mengesahkan bisa ular itu tidak membahayakan dan Salman kemudian diminta berehat di rumah ladangnya.
/
Menurut India Today, Salman sudah dua tahun merayakan ulang tahun secara sederhana dengan hanya menjemput beberapa rakan terdekat dan saudara-maranya kerana pandemik Covid-19.
Rumah ladang Salman terletak di pinggir hutan menyebabkan ia menjadi tempat kunjungan beberapa haiwan termasuk ular.
Salman sering meminta penjaga rumah ladangnya mengawasi gangguan binatang. Dan ia merupakan pengalaman pertama Salman digigit oleh ular.