Berita Terkini| Pahang benarkan solat tarawih! Berakhir selewatnya jam 10 malam! Tiada imam luar
Published byGAMBAR HIASAN. - Kredit foto: aimanabdullah.com
Kerajaan Negeri Pahang membenarkan aktiviti keagamaan dan
solat tarawih dilakukan di masjid dan surau dalam negeri berkenaan sepanjang Ramadan ini namun harus
berakhir selewat-lewatnya jam 10 malam.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai pengimarahan masjid dan surau di negeri
itu juga tidak membenarkan penceramah jemputan atau imam dari luar Pahang
termasuk pondok atau maahad tahfiz.
"Solat tarawih perlu selesai sebelum jam 10 malam. Aktiviti
tadarus dan khatam al-Quran dibenarkan selepas solat subuh hingga sebelum maghrib manakala qiamullail dibenarkan pada 10 malam terakhir Ramadan bermula 3
pagi hingga solat subuh.
“Jumlah Jemaah dibolehkan berdasarkan kapasiti ruang solat
disediakan dengan kawalan pihak pengurusan masjid atau surau. Semua pihak perlu
patuhi SOP, jika berlaku kes pelanggaran dan penularan wabak Covid-19,
kebenaran untuk jalankan aktiviti Ramadan akan dibatalkan.
“Penyertaan pelajar dari sekolah berasrama dan kanak-kanak
bawah tujuh tahun untuk tarawih di masjid atau surau tidak dibenarkan tetapi
asrama sekolah dibenarkan menganjurkannya,” katanya dalam satu kenyataan media
pada 6 April 2021.
Katanya lagi, tazkirah yang dibenarkan ialah selepas solat zohor dan sebelum solat Jumaat dengan tempoh maksimum 15 minit. -KitaReporters