Video| Mak oii.. gayatnya dan takut gelap! Namun Elizabeth Tan berjaya tawan puncak Kinabalu!

Published by
KitaReporters


Elizabeth Tan, 28, yang lebih dikenali sebagai Lissy adalah adalah penyanyi dan pelakon yang gemar melakukan aktiviti lasak

Kegiatan lasaknya banyak ditonjolkan dalam drama dan filem lakonannya. Antaranya dalam drama bersiri Gerak Khas Undercover di TV3 tidak lama dahulu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Elizabeth Tan


Namun Lizzy atau nama sebenarnya, Tan Su Mei mempunyai ketakutan pada ketinggian dan kegelapan. Mujur dia mengikuti satu rombongan pendaki yang memberi kerjasama padu

Walau bagaimanapun dia mempunyai semangat kental  untuk mencapai puncak Gunung Kinabalu.

Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi perhatian ramai apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

Lizzy berhati-hati menggunakan tali di trek pendakian


Lizzy tanpa malu-malu menceritakan bahawa dia menangis berjam-jam kerana takut serta mengakui ia perkara paling mencabar pernah dilakukannya.

Tambah Lizzy dalam Instagramnya, dia fobia dengan gelap dan ketinggian namun dia nekad untuk melawan rasa ketakutan itu untuk menawan gunung tertinggi di Pulau Kalimantan itu.

/


“Mendaki Gunung Kinabalu adalah antara perkara paling mencabar yang pernah dilakukan. 

"Namun ia berbaloi. Saya takut dengan banyak perkara, gelap, ketinggian, bersendirian dan banyak lagi. Sebelum saya mendaki, saya telah menangis beberapa jam memikirkan perkara itu.

“Tetapi saya memutuskan untuk berdepan dengan tekanan itu dan membuktikan kepada diri bahawa saya lebih kuat daripada yang difikirkan,” katanya.

Kepuasan Lizzy setelah berjaya berada di puncak Gunung Kinabalu

Lizzy berkata, dia banyak kali berputus asa malah berfikir dia mungkin akan mati ketika mendaki namun dia melawan serta kuatkan hati.

Akhirnya kerana kecekalannya, Lizzy berjaya berada di puncak Gunung Kinabalu dan merakamkan dalam foto dan video kejayaannya.

Setelah berjaya mendaki Gunung Kinabalu, Lizzy juga berazam untuk mendaki beberapa gunung lain serta melakukan beberapa aktiviti lasak lain kerana baginya suatu pengalaman yang perlu dicuba. - KitaReporters


10
9
0
13
0

Copy Link: