SETEPEK!! KENAPA PU SYED ‘SOUND’ JANNA NICK??
Published byPencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed terkenal dengan kelantangannya bersuara menentang kemungkaran dalam media sosial. Tidak kira siapa termasuk selebriti tanah air, tidak terkecuali menerima tegurannya yang lantang andai mempamerkan kemungkaran dalam media sosial. : KitaReporters
Sinonim dengan tanda pagar #AdaAmbeTakut, PU Syed dilihat sering menggunakan kaedah tersendiri untuk menegur mana-mana selebriti yang dilihat melanggar hukum agama.
Terbaharu, juara rancangan Pencetus Ummah musim
ketiga ini telah menegur pelakon popular, Janna Nick kerana memuat naik satu klip
video ‘drama sebabak’ yang dianggap keterlaluan dalam akaun Instagramnya.
Dalam video tersebut, kelihatan Janna sedang melakonkan watak seorang wanita yang sedang berhibur di kelab malam sambil memegang segelas air sirap yang kononnya arak.
Walaupun sekadar lakonan, PU mendakwa video tersebut boleh membawa kepada fitnah.
“Video-video yang membawa kepada fitnah, jangan disiarkan kepada khalayak. Anda ramai followers. Jika mereka ikut, tidakkah membawa dosa pada diri mereka dan anda juga akan berkongsi bersama-sama dosa tersebut.
"Maaf ambe guna bahasa sarcastic dalam teguran terbuka ini. Harap difahami, kita semua satu akidah, kita sayang saudara seislam kita,” tulisnya.
PU Syed menegur perbuatan Janna yang agak keterlaluan.
Dalam satu posting yang berlainan, PU Syed
menjelaskan dia sudah berdakwah sejak di bangku sekolah lagi. Tindakannya menegur
secara terbuka lebih sesuai untuk selebriti yang mempunyai ramai pengikut agar
teguran itu boleh sampai secara menyeluruh.
“Ambe berdakwah sejak di bangku sekolah menengah
lagi. Masa tu belum ada IG, FB, dan ambe belum lagi berniaga.
“Tegur secara terbuka lebih kena pada orang yang
ramai followersnya, agar mereka sedar akan kesilapan yang dilakukan oleh orang
yang mereka follow itu dan mereka dapat menegurnya juga agar lebih menjaga
penampilan di dunia ini,” jelasnya.
Sementara itu, Janna turut memberi respons dalam Instatories terhadap
teguran yang diberikan oleh PU Syed dan mengakui dia masih dalam proses mendalami
ilmu agama.
Katanya lagi, dia tidak kisah ditegur tetapi biarlah
secara baik apatah lagi dia sangat mempercayai
dengan individu yang mempunyai gelaran ‘Pencetus Ummah’ dapat membimbing dan
memberi ilmu.
Respons Janna terhadap teguran PU Syed.
Memberi contoh teguran yang diamalkan oleh PU Azman (Azman Syah Alias) dalam menyampaikan dakwah, Janna menjelaskan teguran seperti inilah yang membuatkan orang lebih tertarik dengan dakwah yang hendak disampaikan.
Menurut Janna, ‘drama sebabak’ itu hanyalah untuk menghiburkan pengikut dan sebagai hiburan semata-mata.
Walau bagaimanapun, Janna tetap memohon maaf sekiranya kata-katanya itu telah menyakiti mana-mana pihak. - KitaReporters