Barangan hantaran mewah dibawa untuk meminang. - Kredt foto: Tribun Sulsel.

Lamaran mewah kembali jadi perhatian di Indonesia. Kali ini terjadi di Sulawesi Selatan.

Seorang lelaki bernama Dical Arfandi sanggup berbelanja besar demi mendapatkan gadis pujaan hatinya yang dikenali sebagai Andi Besse Qurrata Ayyun

Dia memberi wang sebesar Rp300 juta (kira-kira RM100 ribu), sebidang tanah sawah, satu set perhiasan emas dan menanggung kos pengajian wanita pujaannya.

Tetapi lebih menggemparkan apabila hantaran itu termasuk sebuah bilik pameran kereta (showroom) termasuk isinya yang nilainya mencapai lebih RM1 juta.

Majlis lamaran dilakukan pada 26 Mei 2022 lalu di Maros. 
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan lamaran



Jumlah dan bentuk hantaran disahkan oleh bapa pengantin lelaki yang dikenali sebagai Suradi kepada Tribun Sulbar.

Dical Arfandi dari Desa Waji, Kecamatan Tellu Siattinge, Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan dan peristiwa ini tular dalam platform media sosial instagram @boneterkini.

Dalam video amatur terlihat seorang perempuan membawa kotak lutsinar berisi wang tunai. Dalam kotak itu terdapat tiga tompokan wang pecahan Rp100 ribu (RM30). 

Wanita berkebaya merah itu naik ke tangga rumah. Di belakangnya terdapat lelaki berkot hitam memakai kain sarung dan songkok hitam.

Lalu diikuti wanita dan lelaki lain yang membawa barang hantaran lain.

Andi Besse bersama bekas yang mempunyai wang Rp300 juta. - Kredit foto: Tribun Sulsel

Difahamkan hantaran mewah ini tidak diminta oleh pihak perempuan sebaliknya pemberian pihak lelaki. Bapa pihak lelaki, Suradi adalah murid kepada ayah Andi Besse Qurrata Ayyun.

Suradi merupakan seorang pengusaha berjaya di Sulawesi Selatan yang turut memiliki syarikat jualan kereta dan anaknya, Dical diberi saham dalam konsortium miliknya.

Dical merupakan pelajar semester empat Universiti Negeri Makassar, manakala Andi ialah pelajar Universiti Hasanuddin, Makassar. Kedua-duanya yang berusia  20-an hanya dua kali bertemu namun sudah jatuh cinta.

Andi sebelum ini tidak tahu Dical daripada keluarga kaya raya dan dia tidak meminta hantaran yang ‘luar biasa’ apabila Dical menyatakan akan menghantar rombongan meminang. 

Dan dia serta keluarga terkejut menerima bentuk hadiah diterima.

Majlis perkahwinan dijangka berlangsung pada 17 September 2022.

Setelah urusan lamaran menjadi tular, masyarakat menjangka majlis akad nikah dan persandingan nanti juga bakal tular juga. Apa lagi kejutan yang akan diberi pihak lelaki? - KitaReporters


13
8
0
15
0

Copy Link: