MESKIPUN larangan perjalanan antarabangsa mungkin menghalang rakyat Malaysia daripada melancong ke Sweden, sekatan ini tidak menghalang makhluk gnome dari Sweden yang bernama Tomte daripada membawa keceriaan perayaan kepada rakyat Malaysia. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan beli belah:

https://kitareporters.com/search?search=beli+belah


Menurut satu kenyataan media, sempena sambutan Krismas tahun 2020 ini, Pusat Beli Belah IPC meneruskan tradisi sambutan ala Skandinavia dan mengalu-alukan kedatangan Tomte yang kembali untuk menganjurkan bengkel musim cuti

Dengan semangat menyebarkan kegembiraan, keceriaan dan keseronokan kepada orang ramai, ‘Bengkel Percutian Tomte’ akan dimeriahkan oleh pasar ria hujung minggu, tawaran beli-belah, dan ganjaran eksklusif sehingga 3 Januari 2021. 



Kerana tahun ini menandakan tahun ke-17 IPC berkhidmat kepada masyarakat, pusat beli-belah ini mengajak golongan muda dan mereka yang berhati muda untuk menikmati pengalaman musim cuti perayaan gaya Sweden. 

Sepanjang bengkel hujung minggu ini, sanak-saudara dan sahabat handai boleh menyambut perayaan bersama-sama sambil membantu Tomte ‘menangkap’ seberapa banyak hadiah yang jatuh menerusi skrin realiti imbuhan interaktif di ruang legar. Mereka juga boleh melangkah masuk ke tengah-tengah ruang bengkel dan mengamati keindahan lampu-lampu gantung yang melambangkan hadiah keajaiban. 

Memandangkan lebih 50 peratus daripada isi rumah seluruh dunia berbelanja lebih untuk membeli barangan dari perniagaan tempatan sepanjang pandemik, Tomte telah menjemput para peniaga tempatan untuk mendirikan gerai mereka di Pasar Cuti Hujung Minggu setiap hari Sabtu dan Ahad, mulai 12 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.  

Sepanjang tempoh ini, pengunjung boleh bersiar-siar melawat kedai dan gerai peniaga kecil tempatan yang dipenuhi dengan hasil kraf tangan, cenderahati, dan pelbagai barangan unik sambil menghirup udara luar yang segar di ruang terbuka yang terletak di Aras G, berhampiran pintu masuk utama. 

Inisiatif ini bertujuan menghubungkan orang ramai dengan masyarakat peniaga dan menonjolkan bakat-bakat tempatan. 

Di samping itu, pemilik perniagaan kecil boleh menggunakan bengkel ini sebagai tempat untuk mengasah bakat seni dan keusahawanan sambil meluaskan capaian mereka. 



“Ramai rakyat Malaysia telah bangkit untuk menyokong pelbagai inisiatif menyentuh hati demi membantu insan lain yang memerlukan,” kata Mark Tan, Pengurus Pemasaran IPC Shopping Centre, dalam kenyataan media tersebut. 

“Sambil kita melangkah masuk ke tahun baharu, kami ingin meneruskan semangat kemasyarakatan ini. Sudah sekian lama kami memeriahkan perayaan Krismas dengan tradisi sambutan Sweden, yang mengeratkan hubungan sesama insan. Aktiviti yang dirancang sering melibatkan masyarakat setempat. 

"Semasa kerja pembangunan semula IPC, kami telah memperkenalkan Christmas in a Box dengan kerjasama Hope Worldwide Malaysia untuk menghadiahkan barangan keperluan harian, peralatan persekolahan, dan mainan kepada 100 keluarga yang memerlukan

"Seterusnya, perayaan bertema Sweden, Swede-est Christmas dan Wondrous Winterland pula memaparkan unsur-unsur Krismas di Sweden dan menjalin hubungan kekeluargaan yang lebih erat menerusi pelbagai aktiviti," kata Mark lagi. 

Tomte muncul kembali pada tahun ini kerana warisannya yang unik dalam budaya masyarakat Sweden. Menurut kisahnya, Tomte ialah makhluk nakal mitos yang melindungi dan menjaga keselamatan masyarakat, terutama pada waktu malam di sana yang gelap dan panjang. 

"Seperti peranan yang dimainkan Tomte, kami berharap IPC Shopping Centre, akan terus menjadi teman masyarakat, membawa keseronokan dan keselamatan kepada mereka yang mengunjungi kami pada tahun-tahun mendatang,” tambahnya.



Menurut kenyataan Pusat Beli Belah IPC itu, sebahagian penting daripada tradisi perayaan Krismas ialah memberi dan menerima hadiah.  Sambil berbelanja untuk membeli hadiah, IPC memberi peluang kepada pengunjung untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 

Disebabkan kekurangan bekalan darah di negara ini, IPC berusaha meningkatkan kesedaran terhadap kemuliaan menyelamatkan nyawa dengan menganjurkan kempen menderma darah.  

Kempen Derma Darah: Hadiah Berwarna Merah akan diadakan dari jam 10 pg hingga 4 ptg dari 29 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 di Aras 1, di hadapan King Koil. Inisiatif ini diadakan sebagai sokongan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ibu bapa yang membawa keluarga juga boleh merakamkan detik-detik indah bersama maskot Sma Club Buddies dan Tomte apabila kedua-duanya berjalan-jalan di sekitar pusat beli-belah untuk mengagih gula-gula kepada kanak-kanak dari jam 5 ptg hingga 6 ptg pada hujung minggu tertentu dan hari cuti umum. 

Sempena perayaan Krismas dan ulang tahun ke-17 IPC Shopping Centre, pusat beli-belah ini akan menyediakan pelbagai hadiah dan ganjaran untuk pengunjung. 

‘Hadiah Musim Cuti Tomte’ untuk pengunjung IPC:

  • Tebus satu (1) kalendar meja 2021 IPC | Dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam dua (2) resit
  • Tebus satu (1) bekas makanan boleh lipat 2-dalam-1 Tomte | Dengan perbelanjaan minimum RM600 dalam tiga (3) resit

‘Hadiah Musim Cuti Tomte’ dan ganjaran ulang tahun ke-17 IPC untuk ahli program kesetiaan IPC, Tack Club adalah seperti berikut:

  • Tebus satu (1) kalendar meja 2021 IPC | Dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam dua (2) resit
  • Tebus satu (1) bekas makanan boleh lipat 2-dalam-1 Tomte | Dengan perbelanjaan minimum RM500 dalam tiga (3) resit
  • Tebus satu (1) e-baucar Jolly Tomte bernilai RM10 | Dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam dua (2) resit
  • Untuk hujung minggu sahaja, setiap ahli baru ke-17 Tack Club yang mendaftar menerusi aplikasi mudah alih IPC Shopping Centre akan menerima satu (1) e-baucar Jolly Tomte bernilai RM10. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Bengkel Cuti Tomte’, senarai aktiviti perayaan, jadual kemunculan maskot, atau hadiah dan ganjaran di IPC Shopping Centre, sila ke laman www.ipc.com.my/TomtesWorkshop. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: