Video| Wahai Ifa Raziah! Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Tegur Ustaz Ahmad Dusuki!
Published byBaru-baru ini, tular beberapa video dalam TikTok mengenai sebuah majlis akikah anak seorang keluarga usahawan yang menjadi bualan netizen. Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat penyanyi Ia Raziah dan usahawan sensasi, Kak KM sakan bergelek.
Lagi cerita-cerita sensasi berkaitan penyanyi Ifa Raziah
/
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, menjelaskan dia bergelek selepas majlis akikah dan telah dibayar puluhan ribu untuk membuat persembahan.
Terbaharu, tular pula video dalam TikTok di mana Ifa berkata gelekannnya itu memberi rezeki kepadanya.
Menurut Ifa yang suda beberapa kali menunaikan umrah, tiada benda percuma di dunia ini dan dia tidak akan menerima sebarang pekerjaan tanpa dibayar.
Dalam masa sama, menurut Ifa, dia menerima apa-apa sahaja undangan majlis untuk membuat persembahan seperti akikah, ulang tahun perkahwinan, hari jadi, marhaban termasuk majlis perceraian asalkan dia dibayar.
Ekoran itu, beberapa golongan agama turut bersuara dan memberikan pendapat serta nasihat.
Selain Ustazah Asma' Harun, pendakwah terkemuka, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, 46, menegur kenyataan Ifa Raziah mengenai bayaran yang diterimanya apabila membuat persembahan dangdut yang memerlukannya bergelek.
Menurut Ustaz Dusuki, dalam Facebooknya, tidak semua yang membawa duit itu menjadi keuntungan dalam kehidupan kita, dan bimbang jika duit yang masuk itu membawa kecelakaan pada masa hadapan.
Tambahnya, setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah SWT kelak dari mana dia mendapatkan harta dan bagaimana dia membelanjakan hartanya di jalan Allah.
Ustaz Dusuki merupakan ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan anak saudara bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Man dan ahli jawatankuasa Dewan Ulamak Pas.
Sebelum itu, Ifa Raziah dikecam netizen gara-gara berkelakukan tidak sopan apabila bergelek sewaktu membuat persembahan di sebuah majlis akikah.
Menurut Ifa, kepada pihak media, sebagai penyanyi dangdut, kerjanya adalah menyanyi, menghiburkan penonton dan bergelek. Selama ini geleklah yang memberinya makan.
Tambahnya dia bergelek selepas majlis akikah berakhir (Maghrib hingga Isyak) dan disambung dengan majlis menyambut ulang tahun perkahwinan.
Ketika itu ahli agama (ustaz) sudah pulang. Dan selepas itu diadakan majlis ulang tahun perkahwinan.
Setelah Liza Hanim membuat persembahan, tiba pula dia mengadakan persembahan. Lalu dia menyanyi sambil bergelek kerana sudah dibayar puluhan ribu ringgit untuk tujuan itu, kata Ifa lagi. - KitaReporters