Video| Dah grad! Najwa Latif tak Kosong Kosong lagi! Kini Tak Kisahpun, jadi Dua dengan Akwa Arifin!

Published by
KitaReporters

Najwa Latif dan Akwa Arifin bercinta kerana berduet dalam lagu

SETELAH dua tahun menjadi pasangat duet bagi dua ‘single’nya ‘Tak Kisahpun’ dan ‘Dua’, penyanyi kecil molek Najwa Latif, 27, akhirnya menerima penyanyi rap, Akwa Arifin ,30, sebagai suaminya

Dengan sekali lafaz, penyanyi Najwa selamat bergelar isteri kepada Akwa Ariffin, yang juga pereka grafik dalam satu majlis tertutup diadakan di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor, jam 8.30 pagi Jumaat pada tarikh cantik iaitu 11 November 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alam perkahwinan


Upacara akad nikah Najwa atau nama sebenar, Imratul Najwa Abdul Latif disempurnakan oleh jurunikah, Abdul Ghani Abdul Rahim.

Akwa menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas, manakala wang hantaran dirahsiakan.




Najwa dan Akwa sebelum ini pernah digosipkan bercinta, namun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan mereka.

Dan pada tahun lalu (2021), menerusi perkongsian video dalam aplikasi TikTok, Najwa seperti memberi bayangan hatinya sudah dimiliki.

Menerusi video itu, penyanyi lagu ‘Kosong…. Kosong’ ini membuat pendedahan sedang mengenal hati budi seseorang. Sejak pengakuan dibuat, spekulasi mula timbul Najwa bercinta dengan Akwa.

Najwa mengurangkan kegiatan seninya kerana memberi tumpuan terhadap tugasnya sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).



Selain mengajar, Najwa turut melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana dalam pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya dan bercadang meneruskan ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Najwa mula dikenali melakukan lagu ‘cover’ dalam YouTube lalu dilamar Nar Record sehingga mengeluarkan lagu fenomena ‘Cinta Muka Buku’ ciptaan Najwa dan lirik dihasil oleh kakak sulungnya Syafiqa Latif pada Julai 2011, kemudian lagu ‘Kosong…Kosong’.

Najwa yang lahir pada 27 Mei 1995, popular dengan imejnya menyanyi sambil memetik gitar yang dipelajari sejak berusia 14 tahun. - KitaReporters


13
10
0
18
0

Copy Link: