Video| Piala AFF 2022: Thailand tepati ramalan ke separuh akhir! Kemboja pamerkan permainan terpuji!
Published byJuara bertahan edisi lepas, Thailand menepati ramalan untuk muncul johan kumpulan A sekali gus menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Thammasat, Thailand pada 2 Januari 2022.
Dalam aksi terakhir, tuan rumah berjaya menundukkan Kemboja 3-1 namun ia bukan tugas mudah buat mereka.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF
Dalam perlawanan tersebut, Thailand menguasai permainan hampir keseluruhan tetapi sukar untuk menebus benteng Kemboja.
Pasukan pelawat berjaya mengekang setiap asakan tuan rumah. Mereka mempunyai peluang terbaik untuk mendahului perlawanan namum percubaan di depan gol melewati palang gol.
Thailand terpaksa menunggu sehingga minit ke-45 untuk membuka tirai jaringan pertama selepas Teerasil Dangda mudah menyempurnakan sepakan penalti.
Kemboja juga mempunyai beberapa peluang untuk meledak jaringan tetapi terlepas begitu sahaja.
Bermula babak kedua, Alexander Polking melakukan beberapa pertukaran untuk menambah jaringan. Pertukaran tersebut membuahkan hasil apabila Sumanya Purisai mengandakan kedudukan pada minit ke-50.
Ketika Thailand selesa mendahului, Kemboja melalui serangan balas pantas berjaya merapatkan kedudukan menerusi Sieng Chanthea pada minit ke-68.
Pujian harus diberikan kepada pasukan Kemboja kerana mempamerkan satu permainan yang begitu baik dan berjaya mengucar-kacirkan pasukan tuan rumah.
Kemboja juga hampir menyamakan kedudukan tetapi peluang yang hadir itu dilepaskan dengan sia-sia.
Ketika aksi hampir tamat 2-1, Teerasil sekali lagi meledak jaringan kedua peribadi untuk membantu pasukannya menang 3-1.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad Gajah Perang menafikan peluang Indonesia untuk memintas kedudukan mereka. - KitaReporters
Kredit foto-foto: FB Thailand Football