Video! Mudahnya buat fitnah! Adam Corrie dituduh rindu makan babi! Sebab makan mi wantan, ayam BBQ?
Published byKalau tiada perkataan baik yang hendak ditulis, lebih baik diam! Takut nanti ia menjadi fitnah.
Galaknya media sosial menjadi medan fitnah dan tohmahan. Tiadakah perasaan bersalah dan takut akan dosa yang dipikul?
Tidakkah terfikir perasaan orang yang menjadi mangsa fitnah atau cyber bully? Bayangkan kalau ia terkena kepada keluarga dan saudara-mara anda!
Sebagai orang Islam, tidak bolehkah beri contoh baik kepada yang baharu memeluk Islam (mualaf). Ini tidak, yang sejak lahir Islam tapi perangai macam Firaun. Manakala yang mualaf kelaku lebih baik dan tahu dosa pahala.
Setelah memeluk Islam 16 tahun yang lalu, Adam banyak belajar tentang Islam.
Mualaf perlu dibimbing dan bukannya dikeji dan fitnah. Kasihan melihat pelakon, Adam Corrie Lee difitnah dan dibuli oleh sesetengah netizen yang biadab.
Dalam perkongsian Adam dalam Instagramnya, dia menjelaskan ada netizen menuduhnya rindu nak makan babi.
Apalah masalah netizen yang sanggup menuduh seperti itu. Kurang kasih sayang agaknya!
Adam bukan baru sehari dua memeluk Islam tapi sudah 16 tahun! Malah, sebelum memeluk Islam lagi dia tidak begitu gemar memakan babi.
“Ada komen-komen di page saya kata, saya rindu nak makan babi. Sebab tu saya sanggup
makan makan mi wantan ayam BBQ merah serupa babi.
“Dan ada juga yang kata saya memang makan babi bukan
ayam BBQ. Saya sebagai seorang muslim yang telah kembali fitrah selama 16
tahun, tak rasa rindupun nak makan perkara yang haram.
“Saya tak pasti niat mereka berkata begitu sama ada saya nak provoke atau sebaliknya.
"Sebelum syahadah, saya bukanlah penggemar daging babi. Ramai je non-Muslim yang memang tak makan daging tersebut. Merekapun ada alasan sendiri kenapa tak makan. Sama ada mereka vegan dan sebagainya.
“Selepas syahadah, saya faham tentang halal haram. Yang haramnya sikit, yang halalnya banyak. Rezeki Allah SWT bagi banyak, carilah yang halal. Jika ada yang kata, dulu saya makan makanan haram bertan-tan, maka itu saya sebelum syahadah.
“Setiap orang ada kisahnya tersendiri. Setiap pengalaman mengajar kita menjadi insan yang lebih baik. Qanaah, asal punya cukup. Hidup ini pasti indah,” tulisnya.
Ayam BBQ merah yang dikatakan daging babi.
Sementara itu ramai yang bersimpati dengan Adam. Tuduhan yang dilemparkan sangat keterlaluan.
“Kadang-kadang orang mualaf lagi faham tentang agama Islam. Lagi pandai mencari ilmu tentang Islam dan lebih mendalami apa itu Islam. Subhanallah,” tulisnya. - KitaReporters