Pencarian lima juara kebangsaan daripada 70 pemain dalam grand final Siri Golf Kebangsaan Amatur Perodua (PNAGS) bakal diadakan di Forest City Golf Resort dari 9 hingga 10 September 2024 ini.

Juara setiap kategori akan layak secara automatik mewakili Malaysia pada Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) di Phuket, Thailand.

Mereka akan membawa cabaran negara bersaing dengan pemain amatur terbaik dalam kalangan 40 negara bermula dari 25 Oktober hingga 2 November 2024.

Pengerusi Penganjur PNAGS 2024, Lokman Ishak berkata, kejohanan tersebut bakal diadakan di tiga lapangan gol terkenal di Phuket iaitu The Red Mountain, Kelab Golf Laguna dan Blue Canyon.


Pemenang pusingan kelayakan Siri Golf Kebangsaan Amatur Perodua (PNAGS)


Menurutnya, semua peserta yang layak ke grand final di Forest City daripada 14 pusingan kelayakan yang diadakan sebelum itu akan bersaing untuk memburu gelaran juara kebangsaan bagi lima kategori yang dipertanding iaitu medal A, B, C, D dan E.

"Pemenang setiap kategori akan diberi peluang eksklusif mewakili Malaysia pada Final WAGC di Phuket, Thailand dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh Perodua.

"Aksi di Forest City akan menyaksikan 70 pemain bersaing selama dua hari mengharungi cabaran 36 lubang di Lapangan Legacy dan Classic menerusi format `strokeplay'," katanya dalam satu kenyataan.

Lokman berkata, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim akan merasmikan pertandingan tersebut dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Perodua menjadi penaja utama PNAGS 2024 yang mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Tourism Malaysia. - KitaReporters


Pemenang pusingan kelayakan Siri Golf Kebangsaan Amatur Perodua (PNAGS)


17
7
0
9
0

Copy Link: