kredit IG: Linda Onn


Bekas penyampai radio berpengalaman, Linda Onn menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara kerana sekiranya tersilap langkah, ia akan memberi impak sangat tinggi. 

Bagi Linda, zaman sekarang adalah berkaitan teknologi di mana setiap setiap orang mempunyai telefon pintar dan boleh merakam dengan pantas dan terus menyebarkan dalam platfrom yang ada. 

Malah, bekas penyampai radio Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) perlu melihat persekitaran terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. 



"Sekarang ini zaman bahaya, tak macam dulu. Dulu nak bergurau ke.. nak buat apa pun, takde camera merata nak record dan takde social media yang nak ditayangkan.

"Sikit-sikit nak rakam, lepas itu muat naik. Implikasinya kepada orang yang menonton, adakah mereka dapat terima apa yang mereka tonton? 

"Kepada tangan yang memegang telefon atau kamera, hati-hati. Tangan ini boleh menggoncang dunia," katanya.

Jika dilihat pada komen beliau, orang ramai perlu mengambil ia sebagai satu nasihat yang sangat berguna apatah lagi Linda adalah orang berpengalaman dalam dunia penyiaran radio sebelum ini. 



Pada 4 Marc 2025, trio penyampai 3 Pagi Era FM,  Nabil, Azad Jasmin dan Radin direhatkan sebentar selepas terpalit dengan isu seakan-akan mempersendakan agama Hindu. 

Atas sebab itu, ketiga-tiga itu memohon maaf atas kesilapan mereka dan memberi kerjasama penuh dengan  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dengan pihak berwajib untuk siasatan berkenaan perkara itu. - KitaReporters

 

7
5
0
13
0

Copy Link: