Tolong kami! Bantu Islamic Relief Malaysia! Kempen Rezeki Bersama! Yang terputus bekalan makanan!
Published byISLAMIC Relief Malaysia tampil prihatin memperkenalkan kempen Rezeki Bersama dengan tagline #kitakasihkitakongsi bermula 18 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022. Projek ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM500,000 sebagai permulaan.
Inisiatif ini dilaksanakan sebagai intervensi jangka masa pendek, juga alternatif sementara untuk keluarga yang terputus bekalan makanan untuk mendapatkan akses keperluan asas dengan segera.
Lagi
Bantuan bernilai RM250 akan diberikan dalam bentuk baucar tunai bagi keluarga terjejas kewangan dari golongan B40 dan ke bawah yang tinggal di semenanjung, manakala untuk Sabah dan Sarawak pula, kaedah pelaksanaan bantuan menggunakan pek makanan.
Penawaran dua kaedah berbeza ini adalah mengikut keperluan semasa untuk memudahkan para penerima bantuan berdasarkan hasil penilaian yang dijalankan kakitangan Islamic Relief di lapangan.
“Melihat kepada peningkatan kes-kes masalah mental sehingga dua ke tiga kali ganda ketika pandemik berbanding sebelumnya, kami sangat khuatir keadaan ini akan menjadi lebih kritikal ekoran isu kenaikan harga barang juga tekanan kos sara hidup yang tinggi.
“Kami maklum, semua orang dpada saat ini sedang terjejas dari sudut kewangan, namun tahap kepayahan yang kita lalui berbeza-beza. Jadi, Islamic Relief cuba untuk mengajak masyarakat menzahirkan empati dengan berkongsi rezeki bersama-sama.
“Kadangkala, kita memberi bukan kerana kita kaya, tetapi kerana kita faham betapa sukarnya meneruskan hidup dengan perut yang kosong dan tiada tempat untuk bergantung harap,” kata Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian di laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut. - KitaReporters/Kenyataan Media