Video| Masih mantap! Ramai saran Khai, Rosma sertai program nyanyian! Famili Duo atau Gegar Vaganza!

Published by
KitaReporters



Khai (Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi) dan Rosma (Rosmayati Sidik) mula menempah nama ketika menyertai program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) pada tahun 2003.

Dari mata turun ke hati, akhirnya mereka bertemu jodoh pada tahun 2008 setelah lima tahun bercinta. Siapa sangka, program tersebut menjadi medan jodoh buat pasangan ini. Kini mereka sudah mempunyai tiga cahaya mata dan kekal bahagia.

Menjalani kehidupan sebagai insan biasa, Khai dan Rosma dilihat aktif berniaga produk kecantikan dan kesihatan dalam media sosial. 

Berkenaan dunia seni, pasangan ini pernah menghasilkan single duet iaitu Warna Cinta pada 2008 disusuli Dengan Sekali Lafaz pada 2013. Selepas itu, keduanya lebih menumpukan perhatian kepada keluarga dan bisnes.


Pasangan ini aktif berniaga produk kecantikan dan kesihatan dalam media sosial.


Lama menyepi dalam dunia nyanyian, membuatkan ramai peminat mereka merinduinya. Jadi, tidak hairanlah ketika Khai dan Rosma berkongsi momen duet bersama dalam Instagram, ramai yang mahukannya kembali aktif. Malah ada yang menyarankan mereka menyertai program hiburan seperti Famili Duo dan Gegar Vaganza.

Dalam hantaran pada 20 Oktober 2023 lalu, pasangan itu berkongsi video duet mereka menerusi lagu berjudul Teringin, nyanyian Shima.

“Teringin-Kita duetlah ya. Ok ke?,” tulisnya ringkas.



Hantaran itu mendapat reaksi positif peminat. Rata-rata memuji suara pasangan itu dan mengakui mereka meminatinya sejak AF1 lagi. Malah ramai yang mendoakan hubungan antara Khai dan Rosma kekal hingga ke syurga.

“Paling suka tengok pasangan AF ni yang paling bahagai. Moga jodoh kalian hingga ke jannah, amin,” tulis salah seorang peminat.




Berkenaan permintaan peminat mahukannya menyertai program pertandingan nyanyian, menurut pasangan ini mereka boleh sahaja menyertainya kalau ada rezeki.

Semoga ada rezeki untuk pasangan ini menyertai mana-mana program hiburan kerana bakat yang ada pada mereka bukan calang-calang. Lagipun mereka antara artis yang jarang ada kontroversi dan kebahagiaan rumah tangganya boleh dijadikan contoh. - KitaReporters


19
13
0
12
0

Copy Link: