Masters Indonesia 2023: Kalah lagi! Zii Jia kecundang pusingan awal! Angus Ng Ka Long dari Hong Kong!

Published by
KitaReporters


Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia terus mempamerkan prestasi tidak konsisten apabila sekali lagi tewas awal kepada pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long pada Kejohanan Masters Indonesia 2023 pada 26 Januari 2023.

Pemain pilihan kedua kejohanan ini terpaksa akur apabila tewas dalam pertarungan tiga set 21-16, 20-22, 13-21.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton


Lebih mengecewakan ia adalah kekalahan kali ketiga berturut-turut di awal tahun 2023 dan ini sudah pasti satu permulaan yang buruk bagi dirinya.  

Bermula agak baik di set pertama namum tidak berjaya meneruskan prestasi yang konsisten sekali gus tewas dua set seterusnya.  

Sejak beliau meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), prestasi Jii Zia seperti yo-yo dalam kejohanan utama. 

Jika prestasi begini diteruskan, ia akan memberi satu petanda tidak baik buat dirinya terutama pada kem negara. 

Moga kekalahan ini membuatkan dirinya dapat bangkit dalam kejohanan akan datang kerana ketika ini, beliau adalah sandaran utama bagi perseorangan lelaki untuk memburu emas di Sukan Olimpik. - KitaReporters


6
15
0
7
0

Copy Link: