CARTA keputusan undian Piala Malaysia Ke-98, 2024-2025. - Kredit foto: MFL


BAGAIKAN buku bertemu ruas untuk menggambarkan undian saingan bola sepak Piala Malaysia 2024-2025 yang dijalankan oleh badan pengurus pertandingannya, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada 11 November 2024.

Sepatutnya perumpamaan Melayu ini tiba untuk menepati status perlawanan akhir seperti musim 2023 tetapi si juara bertahan dan naib juaranya berkemungkinan bertembung pada separuh akhir, sekali gus mencipta 'antiklimaks'.

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC mendakap Piala Malaysia keempatnya setelah menumpaskan Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 8 Disember 2023.

Sebaliknya agak melegakan ialah naib juara Piala FA 2024, Selangor FC yang dibaham JDT FC 6-1 pada perlawanan akhir saingan kalah singkir 24 Ogos 2024 itu juga di Bukit Jalil, apabila terpisah dengan Sang Harimau Selatan sehingga mungkin di pentas finalnya.


PIALA Malaysia diperkenalkan pada 1967 bagi menggantikan Piala HMS Malaya/Malaya yang dipertandingkan dari 1921 hingga 1966. - Kredit foto: MFL


Aksi Piala Malaysia edisi ke-98 (juga disebut Piala Malaysia Unifi 2024-2025) yang berformat kalah singkir timbal balik sepenuhnya ini dijadualkan bermula pada 20 November 2024 dan dijangka berakhir pada April 2025, lapor laman sesawang rasmi MFL. 

Undian pertandingan bola sepak antara tertua di Asia ini disempurnakan oleh bek tengah dan penjaga gol kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah dan Azmin Azram Aziz yang masing-masing pernah menjuarainya bersama Negeri Sembilan (2011) dan Selangor (2002).

Undian pusingan pertama Piala Malaysia menjodohkan pendahulu Liga Super 2024, JDT FC hanya dengan kelab Liga A1 Semi Pro 2024 (dulunya Liga M3 atau Liga FAM), KL Rovers FC.

Menanti Tim Hector Bidoglio dalam suku akhir ialah antara Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC yang pernah menumbangkan JDT FC 2-0 dalam final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional.

Begitu juga Terengganu FC yang dijangka tidak bermasalah berdepan pendahulu Liga A1 Semi Pro, Melaka FC dalam pusingan sama sebelum laluannya agak getir jika melayan sama ada Negeri Sembilan FC atau PDRM FC dalam suku akhir. 


AZMIN Azram Aziz (kiri) menayangkan kertas undian yang bernama Kelantan Darul Naim FC sambil diperhatikan oleh Norhafiz Zamani Misbah dalam majlis ringkas undian Piala Malaysia 2024-2025. - Kredit foto: MFL


Selangor FC (sebelumnya Selangor) yang kekal dengan reputasi juara terbanyak 33 kali, walau bagaimanapun dihadapkan laluan agak perit oleh lawan sepadan Liga Super, Sri Pahang FC seawal pusingan pertama lagi. 

Malah rintangan suku akhir Piala Malaysia 2024-2025 yang bakal lebih besar menanti Gergasi Merah yang baru kehilangan pengendalinya, Nidzam Jamil sekiranya Perak FC melepasi Kelantan Darul Naim FC dan Sabah FC pula menjejak separuh akhir.  

Sabah FC atau dijuluki Sang Badak kendalian bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee seperti mana JDT FC dan Terengganu FC, tidak sesekali rela diaibkan sebuah lagi kelab Liga A1 Semi Pro, Putrajaya Athletic FC dalam pusingan pertama.

Pemenang pertemuan ini akan menghadapi Penang FC atau Kuching City FC dalam suku akhir dengan format pertandingan turut menetapkan lapan pasukan yang kandas peringkat 16 pasukan Piala Malaysia ini, akan terus bersaing demi Piala Pencabar MFL 2024-2025. - KitaReporters


JDT FC girang berpesta dengan kejuaraan Piala Malaysia 2023 setelah menumpaskan Terengganu FC 3-1. - Kredit foto: JDT 


SENARAI KEPUTUSAN FINAL PIALA HMS MALAYA/MALAYA/MALAYSIA:

Tahun Juara      Naib Juara  Keputusan   Gelanggang 

1921     Singapura      Selangor            2–1                     Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1922  Selangor   Singapura   3–2         Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1923  Singapura  Perak       2–1         Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1924  Singapura  Selangor    1–0         Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1925  Singapura  Selangor    2–1         Stadium Jalan Anson, Singapura

1926  Perak      Singapura   1–0         Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1927  Selangor   Singapura   8–1         Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1928  Selangor & Singapura (juara bersama) 2–2 Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1929  Selangor & Singapura (juara bersama) 2–2 Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1930  Singapura  Selangor   3–0          Stadium Jalan Anson, Singapura

1931  Perak      Singapura  3–1          Padang Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh, Perak

1932  Singapura  Selangor   5–3          Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1933  Singapura  Selangor   8–2          Lapang Jalan Raifal, Singapura

1934  Singapura  Pulau Pinang 2–1        Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1935  Selangor   Singapura  3–2          Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1936  Selangor   Singapura  1–0          Lapang Jalan Raifal, Singapura

1937  Singapura  Selangor   2–1          Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1938  Selangor   Singapura  1–0          Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1939  Singapura  Selangor   3–2          Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1940  Singapura  Kedah      2–0          Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1941  Singapura  Pulau Pinang 2–1        Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1942–1947  - Dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua – 

1948  Negeri Sembilan  Selangor 2–2 (penalti 2–1) Padang Stesen, Seremban, Negeri Sembilan

1949  Selangor   Angkatan Tentera 3–2    Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1950  Singapura  Pulau Pinang 2–0        Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1951  Singapura  Perak      6–0          Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1952  Singapura  Pulau Pinang 3–2        Padang Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh, Perak

1953  Pulau Pinang Singapura 3–2         Padang Dewan Perhimpunan Cina,Ipoh, Perak

1954  Pulau Pinang Singapura 3–0         Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1955  Singapura  Kelantan   3–1          Lapang Jalan Raifal, Singapura

1956  Selangor   Singapura  2–1          Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1957  Perak      Selangor   3–2          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1958  Pulau Pinang Singapura 3–3 (penalti 3–1) Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1959  Selangor   Perak      4–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1960  Singapura  Perak      2–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1961  Selangor   Perak      4–2          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1962  Selangor   Pulau Pinang 1–0        Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1963  Selangor   Pulau Pinang 6–2        Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1964  Singapura  Perak      3–2          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1965  Singapura  Selangor   3–1          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1966  Selangor   Angkatan Tentera 1–0    Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1967  Perak Singapura       2–1          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1968  Selangor   Pulau Pinang 8–1        Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1969  Selangor   Pulau Pinang 1–0        Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

1970  Perak      Kelantan   2–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1971  Selangor   Perak 3–1               Stadium Perak, Ipoh

1972  Selangor   Perak 3–0               Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1973  Selangor   Terengganu 2–1          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1974  Pulau Pinang Perak 2–1             Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

1975  Selangor   Singapura  1–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1976  Selangor   Singapura  3–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1977  Singapura  Pulau Pinang 3–2        Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1978  Selangor   Singapura  4–2          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1979  Selangor   Singapura  2–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1980  Singapura  Selangor   2–1          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1981  Selangor   Singapura  4–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1982  Selangor   Terengganu 1–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1983  Pahang     Selangor   3–2          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1984  Selangor   Pahang     3–1          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1985  Johor      Wilayah Persekutuan 2–0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1986  Selangor   Johor      6–1          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1987  Kuala Lumpur Kedah    1–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1988  Kuala Lumpur Kedah    3–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1989  Kuala Lumpur Kedah    2–1          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1990  Kedah      Singapura  3–1          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1991  Johor      Selangor   3–1          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1992  Pahang     Kedah      1–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1993  Kedah      Singapura  2–0          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1994  Singapura  Pahang     4–0          Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

1995  Selangor   Pahang     1–0          Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

1996  Selangor   Sabah      0–0 (penalti 5–4) Stadium Shah Alam, Selangor

1997  Selangor   Pahang     1–0          Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

1998  Perak      Terengganu 1–1 (penalti 5–3) Stadium Nasional, Bukit Jalil 

1999  Brunei     Sarawak    2–1          Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

2000  Perak      Negeri Sembilan 2–0     Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2001  Terengganu Perak      2–1          Stadium Nasional, Bukit Jalil

2002  Selangor   Sabah      1–0          Stadium Nasional, Bukit Jalil

2003  MPPJ       Sabah      3–0          Stadium Nasional, Bukit Jalil 

2004  Perlis     Kedah      1–0          Stadium Nasional, Bukit Jalil 

2005  Selangor   Perlis     3–0          Stadium Nasional, Bukit Jalil

2006  Perlis     Negeri Sembilan 2–1     Stadium Nasional, Bukit Jalil

2007  Kedah      Perak      3–0          Stadium Nasional, Bukit Jalil

2008  Kedah      Selangor   3–2          Stadium Nasional, Bukit Jalil 

2009  Negeri Sembilan Kelantan 3–1       Stadium Nasional, Bukit Jalil

2010  Kelantan   Negeri Sembilan 2–1     Stadium Nasional, Bukit Jalil

2011  Negeri Sembilan  Terengganu 2–1    Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2012  Kelantan   Angkatan Tentera 3–2    Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2013  Pahang     Kelantan   1–0          Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2014  Pahang     Johor Darul Ta'zim 2–2 (penalti 5–3) Stadium Nasional, Bukit Jalil

2015  Selangor   Kedah      2–0          Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2016  Kedah Selangor        1–1 (penalti 6–5) Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2017  Johor Darul Ta'zim    Kedah 2–0    Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2018  Perak Terengganu 3–3 (penalti 4–1) Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2019  Johor Darul Ta'zim    Kedah 3–0    Stadium Nasional, Bukit Jalil

2020  -Dibatalkan kerana Covid-19-

2021  Kuala Lumpur City FC  Johor Darul Ta'zim FC 2–0 Stadium Nasional, Bukit Jalil 

2022  Johor Darul Ta'zim FC Selangor FC 2–1 Stadium Nasional, Bukit Jalil

2023  Johor Darul Ta'zim FC Terengganu FC 3–1 Stadium Nasional, Bukit Jalil   

 

 

9
17
0
14
0

Copy Link: