Pengikut industri hiburan tanah air mengetahui pelakon bertubuh sasa Zul Ariffin dan Ruhainies berkawan rapat. Kedua-duanya pernah dikata berkahwin apabila  gambar dan video kedua-duanya berlakon sebagai pengantin Bollywood tersebar beberapa bulan lalu. 

Gossip terhadap kedua-dua pelakon ini reda apabila Zul (Zulkifli Ariffin), 35, berkata sudah mempunyai pilihan hati, begitu juga dengan Ruhainies (Nur Ruhainies Fareha Zainul Elyas), 30. Dengan erti kata lain kedua-duanya menafi bakal berkahwin.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Zul Ariffin




Kedua-duanya pernah mengakui mempunyai hubungan cukup rapat sebagai teman tetapi tidak bercinta. Tetapi peminat melihat kedua-duanya seperti bercinta dalam diam-diam.

Namun terdapat peminat menjangka kedua-duanya sudah berkahwin secara senyap. 

Ini kerana ketika muncul dalam majlis syarikat minyak wangi Ralph Lauren baru-baru ini, kedua-duanya tidak membantah untuk bergambar bersama peminat dengan gaya sangat mesra berdua.



Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menggunakan nama @fyzalbabjan, terlihat momen-momen romantis kedua-duanya

Zul dilihat bergambar rapat dengan Ruhainies sementara Ruhainies pula berpegangan tangan dengan Zul. 

Kedua-duanya dirakam bergambar bersama seperti pasangan kekasih tanpa rasa segan atau kekok sambil diperhati oleh orang ramai

Setakat ini Zul dan Ruhainies belum mengulas mengenai kejadian itu. - KitaReporters



14
10
0
9
0

Copy Link: