SUDAH lebih dua tahun berlalu sejak satu dunia dilanda oleh pandemik COVID-19 namun episod hitam itu terus dikenang dan diratapi setiap insan yang merasai peritnya pengalaman yang menimpa termasuk kehilangan orang dikasihi.

Tidak ada yang lebih besar daripada erti perjuangan yang perlu mengorbankan bukan sahaja tenaga atau wang ringgit, tetapi insan tersayang. 

Itulah perjuangan yang dilakukan oleh hampir semua 'anggota’ barisan hadapan atau frontliners pada saat berhadapan situasi genting dan kritikal semasa pandemik COVID-19 itu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan frontliners atau barisan hadapan


Gandingan Zul Ariffin dan Janna Nick dalam 'Juang' yang akan ditayangkan pad 8 Septermber 2022.


Sejarah penuh warna itulah akhirnya melahirkan filem ‘Juang’, kolaborasi bersama oleh Matt Lai dari Asia Tropical Films Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor dari Suhan Movies dan Jack Lim dari The Film Engine selaku Penerbit Eksekutif.  

‘Juang’ yang mengisahkan perjuangan barisan hadapan dibarisi pelakon handalan seperti Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Sangeeta dan ramai lagi akan menemui penonton pada 8 September 2022

Terbaharu, penglibatan Ratu Jazz negara, Dato Sheila Majid bersama ‘Juang’ tidak syak lagi akan menambahkan perisa untuk ketidaksabaran penonton menanti filem yang diarahkan oleh lima sutradara berprolifik besar negara seperti Kabir Bhatia, Datuk Yusry Abdul Halim, Osman Ali, Aziz M. Osman dan Matt Lai.


Antara barisan pengarah 'Juang' iaitu (dari kiri) Aziz M Osman, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Yusry Abdul Halim.


Penampilan Sheila bukanlah penambahan kepada barisan pelakon tersedia tetapi lebih istimewa pelantun lagu ‘Lagenda’ ini akan mencipta sebuah lagi ‘legenda’ sebagai penyanyi lagu tema ‘Juang’.

Diberi judul Wira Hatiku, lagu dengan lirik dan komposer daripada Rynn Lim ini merupakan sebuah lagu dedikasi yang ditujukan khas buat semua para pejuang yang telah berkorban dalam setiap keperitan menentang ‘liar’nya virus COVID-19, sekali gus merubah hampir keseluruhan kehidupan manusia di dunia. 

Pembabitan Sheila Majid meminjamkan suara emasnya dalam projek ini adalah sebuah pengiktirafan bukan sahaja untuk produksi Juang tetapi juga menghargai frontliners yang banyak melakukan pengorbanan demi memastikan setiap satu rakyat dan negara kita berada dalam keadaan terbaik. 



“Saya selalu ingin melakukan sesuatu untuk frontliners, sesuatu yang sangat bermakna buat mereka. 

“Jadi untuk terlibat menjayakan projek mega ini secara langsung, mendendangkan lagu Wira Hatiku adalah sebuah penghormatan yang cukup besar terhadap setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada kita semua,” ujar Sheila Majid yang menyifatkan Wira Hatiku sebagai sebuah lagu yang ‘cantik untuk didendangkan'. 



Menurut pemilik nama penuh Shaheila Abdul Majid, 57, ini, untuk terlibat menjayakan projek mega ini secara langsung merupakan satu penghormatan yang cukup terhadap setiap pengorbanan yang telah barisan frontliners lakukan kepada semua.

“Lagu ini sebuah lagu yang cantik untuk didendangkan,” ujar Sheila apatah lagi ‘Wira Hatiku’ didukung dengan pasukan pemuzik profesional yang tidak mahu terlepas momen bergabung dalam sebuah projek bersejarah ini iaitu Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).



Berhubung dengan penglibatan MPO, Ketua Bahagian Pembangunan Bakat MPO, Ahmad Muriz Che Rose (gambar atas) teruja kerana diberi penghormatan untuk terlibat dengan projek yang disifatkannya sebagai epik ini. 

“Peluang yang diberi oleh pihak produksi untuk kolaborasi ini bersama Datuk Sheila Majid dan karya epik sebagai tribute untuk frontliners kita ini adalah sebuah kerjasama yang baik dan kami amat menghargainya,” kata Ahmad Muriz Che Rose. 

Sementara itu, muzik video ‘Wira Hatiku’ turut dirakamkan dalam dewan filharmonik disulam dengan adegan yang meruntun jiwa cukup melahirkan rasa patriotisme buat penonton, apa lagi mengenang bukan mudah kehidupan yang diharungi saat pandemik tanpa bantuan dan sokongan para frontliners. - KitaReporters


12
12
0
12
0

Copy Link: