Video| Didikan baik ibu bapa! Adik bersikap matang, urus kakak istimewa ke sekolah! Ramai terharu!

Published by
KitaReporters


Baru-baru ini tular dalam media sosial sebuah video perkongsian seorang ibu menunjukkan anak-anaknya iaitu si adik membantu menguruskan kakaknya yang merupakan anak ‘istimewa’ yang ingin ke sekolah sehingga mencuri perhatian ramai.

Perkongsian video seorang wanita bernama @geehan09, memamparkan situasi si adik memakaikan kasut kepada kakaknya serta memimpin tangan bagi memudahkan pergerakan masuk ke sekolah dalam keadaan yang selamat.

Sementara itu, ibu mereka meluahkan rasa syukur sikap tanggungjawab si adik serta mendoakan hubungan dua beradik itu kekal ke akhir hayat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan adik beradik


“Syukur alhamdulillah. Semoga dah besar nanti adik akan terus bantu kaka ya sayang,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen dalam laman aplikasi TikTok.


Video tular yang kini meraih lebih160 ribu tontonan itu turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang berasa bangga sikap matang si adik serta hasil didikan yang baik daripada ibu bapanya menjadi inspirasi.

“Ya Allah, bagusnya cara awak mengajar anak awak,” kata @BukanNad.

“Terharu mak cik tengok semoga anak-anak manis ini membesar dengan sihat sejahtera serta jadi anak solehah untuk ibu dan bapa,” ujar @AziraFza.

“Comel sahaja mereka. Nak tengok hasil suntingan,” kongsi @MasRejab. - KitaReporters


11
8
0
14
0

Copy Link: