Video| Akhirnya tercapai jugak! Bell Ngasri dapat kereta! Peminat sedia hadiahkan! Pendengar Hot FM!
Published bySejak beberapa edisi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), pemenang anugerah utama iaitu ‘Bintang Paling Popular’ diberikan hadiah tambahan iaitu sebuah kereta dari pihak penaja.
Terdapat insan seni memiliki beberapa kereta jenama berbeza kerana menjuarai kategori utama ini beberapa kali.
Tetapi memasuki ABPBH edisi ke-35, hadiah tambahan itu tiada. Sedangkan rekod undian yang diterima oleh Bell Ngasri (Nasrizal Ngasri), 42, mencatat rekod baru iaitu memperoleh 21.9 juta undi mengikut Wikipedia ABPBH.
Penganjur utama hanya memberikan hadiah tambahan iaitu pakej mengerjakan umrah.
Bell Ngasri reda apabila tidak menerima hadiah tambahan berupa kereta seperti lazimnya. Ini kerana apa yang penting baginya ialah menerima anugerah Bintang Paling Popular setelah 37 tahun terbabit dalam bidang seni sejak zaman kanak-kanak.
Bagaimanapun hasratnya untuk memiliki kereta sebagai hadiah kemenangan tercapai ketika muncul sebagai tetamu dalam program Bekfes Hot FM pada Isnin, 24 Julai 2023.
Tidak lama selepas itu konti Hot FM menerima panggilan daripada seorang pendengar.
Lelaki yang dikenali sebagai Fendi yang merupakan kenalan dan peminat Bell bersedia untuk memberi sebuah kereta kepada Bell.
Fendi yang merupakan seorang pemilik syarikat kereta re-cond di Jalan Ampang, Kuala Lumpur akan menyerahkan sebuah kereta. Kereta itu menjadi hadiah bersama Fendi dan isterinya yang merupakan seorang usahawan bidang kosmetik.
Tanpa menyatakan jenis kenderaan yang akan diberi, Fendi meminta Bell datang ke showroomnya untuk mengetahui jenis kereta yang bakal dimilikinya. Namun Bell bersyukur menerima hadiah itu.
Ibunya, Habibah Jaafar turut diwawancara. Turut hadir adik-adiknya Darling Ngasri (Nasreen) dan Anne Ngasri (Datin Nazriah Ngasri). Turut diundang ialah pengarah/pelakon Aziz M Osman.
Bell menerima hadiah istimewa termasuk satu botol susu dari Hot FM