Berita Terkini| Kereta terbabas, terjunam, terbakar di SKVE! 4 rentung! Mayat belum dikenal pasti
Published byMAYAT yang berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat daripada kereta yang terbakar.
EMPAT individu ditemukan rentung selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke bawah laluan bertingkat (flyover) Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) sebelum terbakar di Jalan Teratai, Batu 10, Kampung Kebun Bharu, Teluk Panglima Garang di Klang, pada awal pagi Sabtu, 1 Mei 2021.
Bagaimanapun
identiti kesemua mangsa terlibat belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan
mayat yang rentung.
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya
menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.11 pagi.
"Sepasukan
sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk
Panglima Garang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik
tiba, kami mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta Mercedes Benz yang terjatuh
dan terbabas ke bawah laluan bertingkat (flyover) lebuh raya berkenaan.
"Selepas selesai memadam kebakaran, kita dapati empat mangsa yang tidak dikenal pasti identiti dan jantina dalam kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan media di Klang pada Sabtu 1 Mei 2021.
Kemalangan
itu mengakibatkan kereta terbabit terbakar 100 peratus.
Jelas
Norazam lagi, api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 1.50 pagi.
“Anggota yang membuat pemadaman menggunakan aliran hosereel pam jentera dan mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan pemotong hidraulik,” ujarnya.
Semua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
KEADAAN kenderaan jenis Mercedes Benz yang terbakar dan meragut empat nyawa di bawah jejambat Lebuh Raya Lembah Klang Selatan ( SKVE) susur keluar ke Telok Panglima Garang, Klang, Selangor. - Kredit foto: Utusan Online