Tahniah sekali lagi untuk Siti Nurhaliza! 7 tahun berturut-turut! 500 Muslim paling berpengaruh!
Published byPenyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, terus mencatat pencapaian cemerlang apabila tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia bagi kali ketujuh berturut-turut dalam ‘The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims’.
"Syukur kepada-Nya. Tiada lain yang memungkinkan pengiktirafan ini selain Allah.
"Saya terharu dan terinspirasi selama tujuh tahun. Ini kerana menjadi antara 500 umat Islam yang terpilih daripada pelbagai latar belakang, pekerjaan, golongan dan sebagainya.
"Saya sentiasa berdoa menjadi salah seorang daripadanya. Ia bukan untuk kemasyhuran diri, tetapi seorang hamba Allah yang dapat berbakti dan menyalurkan hal bermanfaat demi agama, bangsa dan negara.
Penghargaan ini diterima tidak lama selepas Siti Nurhaliza diumum berada di tempat ke-27 daripada 100 penghibur terkemuka dunia yang paling banyak menerima anugerah dalam portal The Artist Museum.
Berdasarkan catatan buku The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims 2022 yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman, Jordan, Siti Nurhaliza tersenarai bersama individu berpengaruh dari Malaysia seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. - KitaReporters