Lari sembunyi di dalam hutan! Merajuk gaduh dengan isteri! Keluar kerana kelaparan, kesejukan!
Published bySEBAHAGIAN anggota yang terlibat dalam Operasi SAR. - Kredit foto: JBDP
NIAT di hati seorang lelaki Orang Asli dari Kampung Kundang, Rompin, Pahang untuk bersembunyi di dalam hutan bagi masa agak lama selepas bergaduh dengan isterinya tidak menjadi apabila dia kesejukan dan kelaparan kerana berada selama empat hari berada di dalam hutan.
Akhirnya dia sendiri pulang ke rumah kakaknya pada Ahad, 17 Oktober 2021 malam lalu.
Sebelum itu, lelaki terbabit yang berusia 19 tahun dikatakan menghadapi masalah rumah tangga telah menghilangkan diri di dalam hutan di kampung tersebut akibat merajuk dengan sikap isterinya yang tidak membenarkan dirinya untuk melihat anaknya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Orang Asli
OPERASI SAR yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBDP), anggota polis serta penduduk kampung untuk mencari lelaki Orang Asli yang dilapor hilang di hutan selepas merajuk dengan isterinya di Kampung Kundang, Rompin, Pahang. - Kredit foto: JBDP
Namun dalam tempoh tersebut, lelaki terbabit terpaksa bermandikan air hujan akibat hujan lebat serta kelaparan kerana tidak makan minum semasa berada di dalam hutan itu.
Ini telah mendorong dia pulang ke rumah kakaknya walaupun pelbagai pihak terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuknya di hutan tetapi tidak berjumpa.
Jikalau tidak hujan lebat, angin kencang serta kelaparan kemungkinan lelaki terbabit akan terus tinggal dalam hutan yang telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak sebelum ini.
Ini kerana selepas kehilangannya sejak 14 Oktober 2021 lalu, operasi SAR telah
dilakukan oleh pihak berkuasa dengan membabitkan anggota polis, Jabatan Bomba
dan Penyelamat selain penduduk kampung.
Dipetik laporan Pahang Story pada 18 Oktober 2021 berkata, sebelum itu lelaki terbabit mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya sejak beberapa bulan lalu .
Dia dikatakan merajuk dengan membawa diri ke hutan selepas kecewa dengan sikap isterinya tidak membenarkan dia untuk datang melihat anaknya yang berumur satu tahun.
Lantaran itu, lelaki terbabit bergaduh dengan isterinya yang akhirnya dia nekad membawa diri dengan bersembunyi di dalam hutan selama empat hari dengan meninggalkan motosikalnya di tepi jalan yang menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat.
kredit foto : JBDP
Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Pahang, Johari Alwi berkata, ketika pulang ke rumah kakaknya lelaki berkenaan berkeadaan dalam kesejukan akibat hujan lebat di sekitar kampung itu pada malam tersebut selain dia juga kelaparan kerana tidak makan minum selama empat hari.
“Saya telah berjumpa dengan keluarga lelaki terbabit untuk mendapat cerita yang sebenarnya tentang rumah tangga mereka sehingga dia sanggup menghilangkan diri telah merisaukan banyak pihak termasuk pihak kami.
‘’ Selain masalah rumah tangga, lelaki itu mempunyai perasaan sensitif yang mudah merajuk juga menjadi penyebab dia bertindak nekad untuk bersembunyi di dalam hutan,’’ katanya.
Dalam pada itu, Johari memberitahu, pihaknya telah berjumpa dengan tok batin di kampung itu dan kedua-dua pihak keluarga terbabit untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara baik. - KitaReporters
OPERASI SAR yang dilakukan sebelum disahkan lelaki terbabit telah pulang ke rumah kakaknya akibat kesejukan dan kelaparan. - Kredit foto: JBDP
Habis/