Shiha bersama Kay Khidir.


PENYANYI, pelakon dan pengacara, Nurshiha Mohd Zikir atau nama pentasnya, Shiha Zikir, 34, nafi dijulang bagaikan ‘anak emas’ oleh syarikat rakamannya Todak Music apabila menjadi antara barisan artis yang diutamakan berbanding 8 artis jemputan lain pada Konsert Todak Music & Friends.

“Bukan begitu, barangkali kerana saya lebih lama sebagai artis  dalam industri bersama-sama dengan Todak Music jadi tentulah saya mempunyai lebih lagu untuk membuat persembahan,” ujar Shiha Zikir ketika ditemui pada Konsert Revolusi 2022 - Todak Music & Friends yang berlangsung di PJPAC, 1 Utama baru-baru ini.

Lapan artis lain yang tampil pada konsert berkenaan terdiri daripada Bunga Isme, Fadh Majid, Muzza, Razak A’ai, Luqman Podolski, Kay Khydir, Dina Nasz dan kumpulan legenda, Gerhana Ska Cinta.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konsert


Pada konsert tersebut pelantun lagu 'AEWO' yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-36 bersama pasangan duetnya, Noki K Clique yang dijangka berlangsung pada awal Mac 2022 nanti, menyifatkan keutamaan yang diberikan kepadanya bukanlah bermakna beliau anak emas Todak Music tetapi kerana penglibatannya dalam seni lebih lama berbanding rakan-rakan artis lain yang kebanyakannya masih baharu.


Shiha berduet dengan Fadh Majid menyampaikan medley lagu tradisional 'Selasih Ku Sayang' dan "Joget Cinta Sakti'.


“Tiada istilah anak emas di sini malah rakan-rakan artis lain pun faham sebab mereka masih ‘fresh’ dan baharu. dan rasanya mereka pun tak berfikiran begitu, ” tambah Shiha yang mempersembahkan enam buah lagu keseluruhannya pada konsert terbabit termasuk dua buah lagu duet bersama bintang Akademi Fantasia (AF) musim 9, Kay Khydir dan penyanyi Big Stage musim ke-3, Fadh Majid.

Pada kesempatan itu juga Shiha mempersembahkan single terbaharunya 'Kalam' yang katanya merupakan lagu luahan Shiha sepanjang 12 tahun dalam industri muzik.






Bertemakan 'Revolusi Industri Muzik Tanah Air', showcase berkenaan memaparkan perubahan revolusi industri muzik Malaysia sepanjang zaman dan kerana itu pemilihan artis artisnya pun dipilih mewakili genre muzik berlainan termasuk tradisional.

“Sebenarnya, perancangan awalnya konsert ini sepatutnya bermula di Pulau Pinang tetapi disebabkan oleh pandemik COVID-19 ia terpaksa ditangguhkan lama dan hanya kini dapat direalisasikan walau pun dalam skala lebih kecil sebagai mematahui SOP yang ditetapkan Kerajaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion Sdn Bhd, Ikmal Fareeq yang juga bertindak sebagai Pengarah Persembahan bagi konsert Todak Music & Friends.

Jelasnya, pihaknya amat komited dalam membawa perubahan di dalam industri muzik tanah air, setelah hampir 2 tahun bergelut bagi meneruskan kelangsungan hidup berikutan wabak pandemik Covid-19.

"Kini,  telah tiba masanya bagi semua pihak untuk bekeriasama memeriahkan kemball industri seni tanah air,” ujar Ikmal (gambar bawah, tiga dari kanan).



Menurut beliau, penganjuran konsert merupakan satu langkah bagi memberi pendedahan semula kepada penggiat seni seperti tenaga kreatif,  tenaga produksi, penerbit dan barisan artis sendiri supaya dapat aktif berkarya dan berhubung semula bersama penonton melalui garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. 

“Ini juga bagi memberi keseimbangan semula kepada penerbitan kandungan melalui platform digital dan juga melalui persembahan secara langsung dan sedikit sebanyak memberi nafas semula kepada 'live events’,” tambah Ikmal.

Bercerita lanjut katanya,  Konsert Todak Music & Friends disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui My Creative Ventures dan Penjana serta mendapat kepercayaan penaja strategik, Profitto Business Solution Sdn Bhd.

“Malam ini adalah permulaan pada konsert jelajah yang bakal di adakan di zon Utara, Selatan, Timur dan Barat termasuk Sabah dan Sarawak bermula akhir Februari ini,” jelas Ikmal sambil berharap dengan penganjuran konsert ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya barisan artis yang terlibat, tenaga kerja belakang tabir dan juga memberi inspirasi kepada barisan penerbit di luar sana untuk terus melahirkan kepelbagian acara seni. - KitaReporters


9
12
0
13
0

Copy Link: