Video| Ramai sayangkan Zamani! Aznil kutip lebih RM100k! Zamani minta serahkan masa pembedahan!
Published bySelebriti popular, Datuk Aznil Nawawi lebih dkenali sebagai Pak Nil, 59, melakukan usaha murni dengan mengambil langkah segera mewujudkan tabung untuk membantu penyanyi Zamani Slam (Ibrahim), 51, untuk rawatan penyakit tulang belakang atau skoliosis.
Selepas mengetahui penderitaan Zamani dengan pihak pengurusannya sedang berusaha untuk menubuhkan tabung bagi kos rawatan dengan menonton rakaman video, Pak Nil terus mewujudkan tabung dalam beberapa laman sosialnya yang dibuka sehingga jam 11.59 malam Jumaat, 24 Jun 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Zamani Slam
Posting Pak Nil pada 24 Jun 2022. - Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi
Usaha Pak Nil berjaya!! Wang lebih RM100 ribu iaitu RM101,103.84 dapat dikutip melalui akaun banknya MBB 564735801178 kurang dua hari dilancarkan.
Malah tidak sampai 10 jam tabung tersebut dilancarkan, dia sudah berjaya mengumpul lebih RM60 ribu. Malah selepas ditutup, masih ada sumbangan yang terus diterima.
Pak Nil mengucap terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menghulurkan bantuan. Dia akan menyerahan wang kutipan yang diterima kepada Zamani dalam waktu terdekat.
Menerusi satu perkongsian dalam Instastory, pengacara popular ini memaklumkan tabung bantuan itu telah pun ditutup.
“Tabung bantuan untuk Zamani dah Pak Nil tutup ya. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip. Memang di luar jangkaan dan memang ramai sayangkan Zamani.
"Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhkan. Aminn,” tulisnya.
Sebelum itu, dia ada memuat naik rakaman perbualannya dengan Zamani serta memohon maaf kerana membuat kutipan tanpa pengetahuan penyanyi itu.
“Minta maaf buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta. Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan,” katanya.
Zamani yang sebak bagaimanapun enggan menerima wang tersebut serta meminta Aznil menyimpan wang tersebut sehingga tiba waktu pembedahan.
Bagaimanapun, Pak Nil kemudian meminta Zamani mengambilnya untuk kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana boleh memudaratkan kesihatannya.
Sebelum ini, pengurus Zamani, Aalan Ahmad meminta pihak yang mahu mewujudkan tabung dana agar tidak berbuat demikian kerana penyanyi itu masih pada peringkat awal rawatan serta bimbang jika wujudnya scammer yang mahu mengambil kesempatan. - KitaReporters