Aktiviti agama di Terengganu? Solat fardu dan Jumaat sahaja!
Published byAKTIVITI keagamaan di masjid dan surau di Terengganu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan untuk solat fardu dan Jumaat sahaja dengan kehadiran jemaah mengikut kapasiti saiz premis berkenaan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). : KitaReporters
Gambar hiasan... Masjid Lapan Kubah di Kampung lapang Kotak, Jertih, Terengganu.
Lagi cerita-cerita berkaitan masjid:
https://kitareporters.com/search?search=Terengganu
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan penguatkuasaan kerajaan bagi menangani penularan wabak COVID-19.
Beliau berkata, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sudah memperkenankan semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau tidak dibenarkan sepanjang PKPB dikuatkuasakan.
"Bagi masjid dan surau yang berada dalam zon merah, sembahyang fardu lima waktu berjemaah di masjid dibenarkan hanya tiga orang sahaja terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid dan pegawai masjid secara bergilir-gilir, manakala solat jumaat tidak dibenarkan sama sekali," dalam satu kenyataan pada pada 8 November 2020.
Katanya, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada arahan pihak berkuasa yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Osman berkata, Sultan Terengganu turut berdoa agar semua rakyat jelata mampu menghadapi saat sukar ini dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
Kenyataan Media MAIDAM
"Baginda mengharapkan semua rakyat jelata tidak mengambil ringan akan arahan pihak berkuasa dalam menghadapi wabak COVID-19 dan mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Baginda berdoa semoga kehidupan seharian kembali pulih seperti sediakala dan semoga rakyat jelata sentiasa berada dalam kerahmatan Allah SWT," katanya. - KitaReporters