Jalinan kerjasama 5 tahun! Milo, FAM sasar latih 5k jurulatih, 100k pemain muda! Menjelang 2026!
Published byMILO dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan kerjasama lima tahun bagi melestarikan masa hadapan generasi pelapis bintang bola sepak menerusi ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi bersepadu.
Menumpukan
fokus utama terhadap latihan kemahiran bola sepak pada peringkat akar umbi, dua
gergasi sukan ini akan menyelaras serta mengembangkan platform sedia ada
masing-masing untuk manfaat jurulatih dan pemain muda.
Kerjasama berkenaan menyemarakkan kembali hubungan antara kedua-dua pihak yang sudah lama terjalin sejak akhir 1980-an dan awal 1990-an menerusi penganjuran pelbagai kejohanan bola sepak akar umbi yang telah melahirkan ramai pemain legenda negara.
Lagi berita-berita menarik berkaitan bola sepak
NG SU YEN (kanan).
Pegawai Eksekutif Perniagaan - Unit Perniagaan Milo, Nestle (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata kerjasama berkenaan diharapkan mampu mencungkil lebih ramai lagi bakat-bakat baharu dalam persada bola sepak tanah air.
“Bola sepak
menyerlahkan peranan sukan sebagai guru terbaik memupuk kesungguhan, keberanian
dan kecekalan yang bukan sahaja dapat memperkasakan daya saing sewaktu
bertanding malah membentuk keperibadian individu untuk berjaya dalam hidup.
“Kami sentiasa berusaha untuk menerapkan
nilai-nilai murni ini dalam diri juara muda menerusi inisiatif sukan kami
selama ini.
“Pihak kamu
juga mengalu-alukan FAM kembali ke dalam kerjasama ini dan kami meletakkan
harapan tinggi untuk menginspirasikan yang terbaik dalam generasi juara akan
datang,” katanya.
MOHD SAIFUDDIN ABU BAKAR
Sementara itu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kerjasama pihaknya dengan Milo akan memastikan latihan untuk membangunkan kedua-dua pemain muda dan jurulatih bergerak seiring dengan pembentukan ekosistem yang holistik ini.
Ujar
beliau, kejayaan masa hadapan turut bergantung kepada jurulatih yang akan membimbing
anak-anak pada hari ini mencapai potensi terbaik mereka.
“Usaha
pembangunan bola sepak akar umbi sangat kritikal demi masa hadapan bola sepak
tanah air. Kami ingin merintis masa hadapan untuk anak-anak muda hari ini
kerana kami percaya merekalah bintang-bintang masa hadapan.
“Kerjasama
berterusan dengan Milo ini dapat disifatkan tidak boleh lagi dipisahkan demi
kemajuan bola sepak tempatan. Milo telah sekian lama jadi rakan kerjasama bola
sepak Malaysia.
“Milo mengorak langkah ke era baharu hari ini menuju masa hadapan, seperti mana dilakukan pada tahun 1990-an dahulu dengan menyediakan dorongan dan platform kepada golongan muda untuk menonjolkan serta mengasah bakat mereka,” ujarnya.
Untuk info, sebahagian besar bakat baharu pada peringkat akar umbi dicungkil menerusi program bimbingan komuniti yang menyediakan latihan kemahiran asas bola sepak serta menganjurkan perlawanan bola sepak komuniti seperti Klinik Bola Sepak Suparimau.
Ketika ini,
terdapat 122 akademi dengan 10,000 pemain muda berdaftar di bawah Piagam
Suparimau di seluruh negara.
Kerjasama Milo dan FAM berusaha mengembangkan lagi Piagam Suparimau kepada ekosistem yang
terdiri daripada 800 akademi dengan 100,000 pemain muda dalam tempoh lima tahun
akan datang.
Di samping
itu, Milo dan FAM juga komited untuk mengembangkan kelompok jurulatih daripada
1,000 jurulatih yang kini berdaftar dengan pelbagai akademi di seluruh negara
kepada 5,000 jurulatih menjelang 2026.
Tirai
kerjasama Milo dan FAM telah dibuka lebih awal dengan peraduan Milo All Star Challenge, iaitu
pencarian pemain bola sepak gaya bebas terbaik seluruh negara secara dalam talian yang telah tiba ke kemuncak finale pada November 2021.
Lapan finalis teratas telah ditawarkan peluang seumur hidup mengikuti kem latihan bola sepak Milo dan FAM Ultimate Experience di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan serta bintang-bintang FAM kegemaran mereka. - KitaReporters