Jual mercun dalam FB! Sekali ketua polis Muar sendiri order
Published bySETIAP kali menjelang sambutan perayaan pasti ada ‘episod’ tragedi bermain mercun dan situasi itu menyebabkan bukan sahaja luka kecil tetapi kecederaan kekal, lebih menyedihkan ada yang mengorbankan nyawa. Terbaharu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa pertama melecur di tiga jari akibat letupan mercun bola di rumahnya di Besut, Terengganu. : KitaReporters
TERDAPAT dua jenis mercun dan bunga api jenis Pop Pop dan Happy Boom sahaja yang dibenarkan untuk dijual di negara in, manakala selebihnya tidak dibenarkan dan satu kesalahan jika didapati dijual di mana-mana . - Gambar hiasan
Semua itu disebabkan penjualan mercun di kedai-kedai walaupun penjualan diharamkan.
Berbeza dengan tahun
ini apabila penjualan di kedai-kedai terpaksa ditangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan semua kedai terpaksa menutup operasi
penjualan.
SEORANG peniaga memuat naik pelbagai jenis mercun jualannya secara terbuka dalam Facebook. - Kredit foto: FB Grup Anak-Anak Muar.
Keadaan itu
menyebabkan ada yang mula ‘berani’ memuat naik jualan mercun dalam Facebook bagi
mencari duit sampingan.
Eh.. eh.. berani betul
korang ni?
Baru-baru ini, tular
dalam laman sosial apabila seorang wanita yang dipercayai memuat naik jualan
mercun dalam laman Facebooknya dan membuat hantaran berkenaan ke Grup Anak-Anak
Muar dalam Facebook berkenaan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip.
Hasilnya sangat ‘menyeramkan’ apabila Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip yang membalas komen berkenaan dan membuat tempahan untuk mercun berkenaan.
“Order 49 shoot 5 set boleh? Hantar ke Balai Polis Muar,” tulis beliau di ruangan komen berkenaan.
Amik kau? ketua polis
sendiri yang ‘order’… Mau tak cukup tanah nak lariii!
MENYERAMKAN... Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip membalas komen berkenaan dan membuat kiriman jualan mercun berkenaan.
Jelas sekali tujuan Ketua Polis Daerah Muar membalas dengan membuat pesanan mercun di hantaran tersebut sebagai satu peringatan buat orang ramai bahawa menjual mercun merupakan satu kesalahan besar dan boleh dijatuhi hukuman penjara jika sabit kesalahan.
Tahukah kita menjual mercun adalah kesalahan besar dan mengikut undang-undang negara kita sesiapa yang didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api selain yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207).
Lebih menyedihkan apabila disabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Bermain dan membakar mercun serta bunga api yang dilarang juga boleh dihukum penjara tidak melebihi satu bulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Tapi terdapat pengecualian
terhadap dua jenis mercun dan bunga api jens Pop Pop dan Happy Boom sahaja yang
dibenarkan untuk dimainkan di Malaysia, manakala selebihnya tidak dibenarkan dan
merupakan satu kesalahan. - KitaReporters