Wow! Cantiknya pakai tudung! Doa peminat kepada Ara Johari
Published bySEJAK kebelakangan ini, lagu cover 'Aisyah Isteri Rasulullah' telah banyak dinyanyikan oleh orang ramai terutama artis Malaysia. Pelbagai gaya dan kreativiti dilakukan oleh mereka bagi menarik perhatian peminat masing-masing. Namun begitu, Ara Johari seorang penyanyi yang terkenal dengan suara 'high note' dan senyuman manisnya mencuri tumpuan apabila beliau turut cover lagu yang viral ketika ini. : KitaReporters
Tetapi bukan mengenai lagu yang dinyanyikan beliau, sebaliknya pemakaian tudung yang dikenakan oleh Ara sehingga menjadi tumpuan para peminatnya. Seperti kita tahu, Ara Johari ketika ini memang tidak bertudung namun ketika cover lagu ini dalam akaun instagram miliknya, ia mendapat pujian daripada peminat beliau yang mengatakan Ara tampak cantik ketika pakai tudung.
Ara yang popular dengan lagu Bunga dan pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) 33 juga sering kali cover beberapa lagu nyanyian penyanyi lain dalam Instagram miliknya.
Lagu Bunga nyanyian Ara berjaya naib johan AJL 33. Kredit Video TV3 Malaysia Official.
Malah sejak PKP ini dilaksanakan, kelihatan Ara juga begitu aktif dalam TikTok.
Pelbagai gaya dan parodi telah dilakukan beliau sama ada bersendirian mahupun bersama rakannya.
Apa pun, sebagai peminat, kita berdoalah moga satu hari nanti terbuka jua pintu hati Ara Johari untuk memakai tudung bukan semata-mata untuk menyanyi sesebuah lagu. - KitaReporters