Si bulus betina bernama Bella sentiasa menjadi tumpuan pelanggan kedai itu dan Bella tidak pernah menolak jika ada yang menyentuh, mengusap, memegang, memeluk malah menciumnya.
Bella tak jual mahal tau. Bella sayang semua orang!!
Bella mati pada 5 May 2020
Bella ibarat seorang kanak-kanak yang dibelai dan dimanja ketika hayatnya dan pemergiannya begitu diratapi.
Kucing memang dikenali sebagai haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.
Tapi kini, Bella sudah tiada. Bella mati pada 5 May 2020.
Bella kesayangan ramai mati kerana menghidap penyakit Chronic Kidney Disease (CKD) dan Asthma.
Damailah Bella di sana!!
Ikuti cacatan admin Facebook page Sookies untuk peminat Bella:
"Bella, akhir hayatnya pada 5 May 2020, di usia lebih kurang 11 tahun. Terima kasih sayangku Bella sebab setia bersama kami dari sebelum Sookies dibuka lagi. Bella ialah resident cat kami yang pertama.
Buat semua Bella-L, Bella Army, pendek kata semua kipas susah mati (die hard fan) Bella, kami ucapkan jutaan terima kasih sebab selalu ambik berat pasal Bella, tanya khabar Bella, kirim salam kat Bella, minta kami update gambar Bella, mintak sign Bella (ok ni acah je hiks)
Sungguhlah bahagia hidup Bella selama tinggal bersama kami. Bella disayangi semua, dilimpahi kasih sayang sebanyak-banyaknya dari semua staff, terutamanya bila Bella mula disahkan menghidap CKD (Chronic Kidney Disease) dan Asthma lebih kurang 2-3 tahun lepas. Tumpuan sepenuhnya pada Bella. Kami bagi Bella buat kerja-kerja opis je. Kalau tido je dalam opis pun takpa. Tak payah dah layan pelanggan sebab kami faham yang Bella dah tak kuat macam dulu lagi. Kerja layan pelanggan biar kucing-kucing junior je buat. Sunbae haruslah lepak lebih sikit kan?
Setiap kali Bella kena asthma attack, kami bergegas bawak dia ke vet untuk dirawat dengan segera. Sampai di vet pun doktor akan terus rawat Bella dulu. Kiranya andai Bella kena attack waktu Perintah Kawalan Pergerakan ni, mungkin kami redah je emergency lane kat roadblock sebab sekali Bella kena serangan, memang sampai purple mulut dia. Mana mampu nak hadap jem 2 jam.
Kami akan kenang Bella sampai bila-bila. Bella sangat dekat di hati kami sebab Bella bersama kami dari hari pertama Sookies beroperasi yakni pada 7 tahun lepas. Masa tu Bella bunting jadi kami ambil Bella tinggal bersama kami. Walaupun muka Bella serious, tapi Bella lembut dan baik hati. Bella sayang anak-anaknya sampai besar. Bella mesra dengan orang ramai. Bella baik dengan semua kucing.
Bella tinggalkan dunia ni waktu kami tiada di sisinya. Mungkin selepas Subuh. Sebab waktu staff sampai kat kedai jam 7 pagi, Bella dah tak ada. Tapi hingga waktu Bella ditanam jam 4 petang, badan Bella masih sangat lembut sampaikan rasa macam eh Bella ni hidup lagi ke? Tapi memang dah tak bernyawa dah.
Hari Ahad lepas, kakak dah terasa yang Bella mungkin tak ada banyak masa lagi. Jadi kakak dah luangkan masa, heart to heart berdua dengan Bella. Kakak minta Bella jangan tahan diri lagi kalau dah tak larat. Kakak lepaskan Bella walau berat hati ni. Walau dah banyak kali hadapi situasi ni, kematian kucing tetap benda yang paling perit dan menyedihkan. Sekotak tisu diperlukan mcm tengok episod akhir Kdrama.
Tak apalah Bella, walau kami sedih, tapi kami syukur Bella tak sakit lagi. Bella tak payah makan ubat Simentra lagi. Bella boleh jumpa ramai kawan kat sana. Lepas Bella disahkan CKD, banyak benda yang Bella kena pantang, tak boleh makan sembarangan tanpa kebenaran vet. Sekarang Bella dah boleh makan apa je yang Bella nak. Seronok la Bella sambut raya dengan kengkawan nanti.
Sayangku Bella, terima kasih kerana bersama kami dan beri kami kesempatan untuk jaga Bella hingga akhir hayat Bella."
Begitu ramai mengucapkan takziah kepada admin page Sookies dan berharap admin bersabar dengan pemergian Bella.
Ada yang merindui Bella dan mendoakan Bella tenang di sana.
Pengguna facebook, Rohayati Jusoh menerusi komennya "Selamat jalan Bella 😭 paling sedih klu kehilangan kucing ni."
Wan Nor Shalydia pula menyebut: "Goodbye Bella, nanti story kat Allah tentang kebaikan kakak-kakak ok."
"Farewell Bella.. gonna miss u" komen Deqra Iskandar
Nadiyah Abdulllah Sani menulis:"Sedih nye.. 😭 dulu bella slalu duk kat area kaunter.. 😢 kehilangan yg perit.. sgt memahami 😔"
Norazian Abdul Wahab pula menyebut: "Bercucuran airmata akk.... Mesti lps ni g sookies dh x dpt jumpa Bella lg.. Sayang Bella... 😭😭😭."
Ramai yang bergambar dengan Bella sebagai kenangan. Comelkan Bella. debab sangat!!
Begitu ramai yang menyayangi Bella.
Gemuk, chubby, montel malah ada yang menggelarnya Belon. Sukar mereka nak lupakan Bella.
Lumrah alam, bila kita terlalu menyayangi haiwan peliharan, saat pemergiaannya memang akan ditangisi.
Rindu padanya takkan pernah padam umpama kita kehilangan darah daging sendiri. Selamat jalan Bella. Jumpa di sana ye! - KitaReporters