Alat pemadam api terbang dari rumah flat!! Angkara khianat?
Published bySIKAP hormat menghormati antara jiran-jiran yang tinggal di sesuatu kawasan itu perlu dijaga dan jadikan jiran atau penduduk di situ sebagai kawan dan jangan jadikan musuh takut-takut nanti bila ditimpa musibah tiada siapa mahu bantu. Jika ada masalah atau rasa tidak puas hati dengan seseorang itu, berjumpalah secara berdepan, mata bertentang mata, selesaikan masalah itu dengan baik. Orang kata, selesaikan ikut cara anak jantan!!! : KitaReporters
Kredit FB Penang Kini.
Bagi kawasan perumahan bertingkat, biasa kita dengar objek ringan atau sampah yang dipaling dari atas ke bawah. Tapi lain pula di Pulau Pinang.
Melalui satu perkongsian dalam Facebook Penang Kini, satu kejadian telah berlaku di satu kawasan perumahan di Pulau Pinang apabila ada penduduk telah membaling alat pemadam kebakaran (fire extinguisher) dari tingkat atas hingga menyebabkan berlaku kerosakan teruk pada bahagian bumbung sebuah kereta.
Dah la kereta mahal, Honda City bosku, memang menangis tak berlagu la tuan kereta ini apatah lagi sekarang ini bulan puasa, bertambah sedih jika duit hanya ada cukup-cukup untuk makan.
Tindakan biadab ini tidak harus berlaku pada bulan yang mulia ini.
Jika melihat gambar yang ditangkap, terdapat 3 alat pemadam yang dibuang ke bawah. Patut la teruk sangat kesan dekat bumbung kereta itu.
Jika diperhatikan di bahagian komen, terdapat pelbagai komen daripada netizen malah ada yang marah dengan tindakan tersebut.
Apa pun, diharapkan masalah ini dapat diselesaikan secara baik dan si pelaku dapat ditemui dalam 'keadaan' baik. juga, - KitaReporters