Berita Terkini| Covid-19: Katil wad ICU HRPZ II hampir penuh! Hospital medan tentera diperlukan
Published byKESEMUA 42 katil yang dikhususkan untuk pesakit Covid-19 di wad Unit
Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu hampir penuh susulan peningkatan mendadak kes
Covid-19 di Kelantan.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob kepada pemberita seperti dilaporkan oleh Sinar Harian, 23 Mei 2021.
Menurutnya, setiap hari kapasiti katil Covid-19 di wad ICU hospital berkenaan berada pada tahap 90 hingga 95 peratus penggunaan bagi merawat pesakit Covid-19.
“Pernah satu masa semua 42 katil di wad penuh dan ia sekali gus menunjukkan serangan pandemik Covid-19 di negeri ini membimbangkan. Kini, hanya ada tiga buah katil yang kosong bagi menempatkan pesakit tahap empat dan lima Covid-19 di wad ICU HRPZ II.
“Sekiranya kes terus meningkat tidak mustahil Kelantan terpaksa membuka hospital medan bagi menempatkan ICU dengan bantuan tentera,” katanya.
Tambah beliau, golongan yang punyai simptom Covid-19 perlu segera hadir untuk menjalani ujian saringan dan seluruh masyarakat disaran agar terus patuh dan amalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi putuskan rantaian pandemik. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter