KEMENTERIAN Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Program Citra Malaysia “Colours of Malaysia” bagi tahun 2022.

Program Citra Malaysia “Colours of Malaysia” 2022 merupakan siri persembahan yang menampilkan keunikan dan kepelbagaian dalam kesenian dan kebudayaan Malaysia

Program ini dilaksanakan secara berkala oleh Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) dari seluruh negeri.


Lagi


Penganjuran Colours of Malaysia tahun 2022 ini diadakan secara terbuka di tempat tumpuan orang ramai dan pelancong.


Tahun ini merupakan tahun ketiga penganjuran program ini, namun pada tahun 2021 ia diadakan secara dalam talian disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan tidak membenarkan persembahan secara fizikal dan terbuka dilaksanakan.

Sebanyak 45 siaran dengan pelbagai tema berjaya dilaksanakan di peringkat JKKN Ibu Pejabat dan juga JKKN Negeri dengan jumlah sebanyak 66,613 penonton yang turut disiarkan secara langsung dalam akaun Facebook Mysenibudaya JKKN.

Objektif utama penganjuran Citra Malaysia “Colours of Malaysia” adalah untuk mempamerkan kebudayaan negara melalui acara-acara yang dipersembahkan di pelbagai peringkat dalam usaha memelihara seni dan budaya dan ini secara langsung akan dapat mempromosi seni budaya Malaysia kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar negara.


Baru-baru ini ,di Dataran Foodcourt, Presint 14 Putrajaya, menampilkan Hazama sebagai artis undangan.


Selain itu, program ini juga dapat mempertingkat dan mengekalkan kemahiran Artis Budaya Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN).

Malah pgrogam ini juga dapat menerap dan memperkenalkan serta mendidik masyarakat akan kepentingan seni budaya, ia juga dapat menarik minat pelancong di dalam dan luar negara bagi mempromosi budaya Malaysia ke negara asal mereka.

Program Colours of Malaysia ini juga menjadi salah satu elemen tarikan pelancong kerana program ini mampu memberi impak kepada industri pelancongan negara menerusi penyerlahan seni dan budaya masyarakat Malaysia dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Pada tahun ini, konsep pelaksanaan Citra Malaysia “Colours of Malaysia” akan diadakan secara fizikal dan dipersembahkan oleh Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN selama satu jam mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.


Objektif Colours of Malaysia adalah untuk menonjolkan tarian dan muzik kaum majmuk di Malaysia.


Terdapat lima siri persembahan yang menampilkan persembahan asli dan autentik Malaysia dengan gabungan tarian dan muzik yang merangkumi kaum Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak, etnik minoriti di Malaysia serta persembahan kreasi baharu mengikut tema dan konsep.

Terdapat lima siri persembahan yang akan dilaksanakan mengikut tema iaitu bagi Siri Satu bertajuk “Wow Meriahnya Raya 2.0” pada 28 Mei 2022 bertempat di Dataran Foodcourt, Presint 14 Putrajaya,  Siri Dua persembahan “Akul Zapin Turasi” (Zapin Eksperimental) pada 29 Julai 2022, di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Sementara itu,  Siri Tiga bertajuk “Nostalgia 90-an” pada 30 September 2022 diadakan di La Park Jalan Conlay, Pavillion Kuala Lumpur, Siri Empat bertajuk “Warna” (Kemeriahan Sambutan Perayaan Deepavali) pada 29 Oktober 2022, di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur dan Siri Lima iaitu “Koleksi Inspitari” (Karya Ibu Pejabat) pada  5 November 2022 bakal berlangsung di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk siri satu yang berlangsung baru-baru ini, selain persembahan Kumpulan Kesenian JKKN, penonton turut dihiburkan dengan nyanyian daripada Hazama dan Azizzul Haqim Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan tahun 2008  yang mempersembahan koleksi lagu-lagu raya.


Ada lima siri program Colours of Malaysia di pelbagai tempat untuk tontonan penonton.


Dalam menjayakan keseluruhan siri program Colours of Malaysia pada tahun ini, JKKN akan bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Usahawan Food Truck WPKL, Persatuan Usahawan Food Truck La Park Jalan Colay, Pavillion Kuala Lumpur dan Persatuan Usahawan Food Truck Presint 14, Putrajaya.  

Lokasi-lokasi ini dipilih berdasarkan tempat tumpuan orang ramai dan pelancong terutama di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Dengan kebenaran rentas negara yang telah dibenarkan kerajaan Malaysia secara tidak langsung akan merancakkan semula ekonomi negara melalui sektor pelancongan dengan kehadiran pelancong-pelancong tempatan dan luar negara.


JKKN sentiasa melakukan pelbagai program untuk memperkenalkan warisan seni budaya tempatan.


Melalui penganjuran program ini orang ramai bukan sahaja dapat berhibur bahkan dapat mengenali, mempelajari serta dapat melihat dengan lebih dekat keindahan warisan seni budaya melalui pengisian persembahan yang akan dipersembahan nanti.

“Dengan penganjuran Program Citra Malaysia “Colours of Malaysia” yang akan dilaksanakan secara fizikal pada tahun ini, saya berharap orang ramai dapat memanfaatkan peluang ini.

“Marilah kita sama-sama hadir dan menyokong JKKN dalam usaha untuk menyemarakkan industri seni budaya negara agar terus kekal dan terpelihara,” ujar Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mesran Mohd Yusop, ketika hadir menyaksikan persembahan di Dataran Foodcourt, Presint 14 Putrajaya. - KitaReporters


11
15
0
10
0

Copy Link: