Berita Terkini| Suami maut tertimbus runtuhan batu! Isteri sempat selamatkan diri, anak-anak!
Published byPENDUDUK kampung menunjukkan lokasi kejadian mangsa terperangkap dalam runtuhan batu di Kampung Pinousuk, Kundasang, Ranau. - Kredit Foto Sinar Harian
SEORANG lelaki maut selepas ditimpa runtuhan batu yang berlaku di bahagian dapur rumahnya di Kampung Pinousuk, Kundasang di Ranau, Sabah pada Ahad, 20 Jun 2021.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa, Junaidi Gangka, 55, dikatakan sedang berehat bersama isteri di dapur berkenaan.
Ketika runtuhan berlaku, hanya isteri mangsa sempat
melarikan diri bersama dua anak berusia 18 dan 6 tahun, manakala mangsa
terperangkap.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa yang tertimbus dikeluarkan dengan bantuan beberapa pekebun.
Mangsa kemudian dibawa untuk mendapatkan rawatan namun
disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di Hospital Ranau.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini
kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya seperti
dipetik oleh Harian Metro pada
Isnin, 21 Jun 2021.
Simiun berkata, pihaknya sudah melawat lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan memberi amaran kemungkinan kejadian runtuhan berulang lagi.- KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter