Tangan kidal tangan kreatif? Orang tangan kiri, orang hebat?
Published byBETUL ke? Orang yang kreatif dan hebat adalah manusia yang dominan menggunakan tangan kiri atau kidal berbanding tangan kanan. Soalan itu relevan mungkin kerana 13 Ogos 2020 setiap tahun ialah Hari Tangan Kidal Sedunia!! : KitaReporters
Kredit foto: GengBoral.com
Secara umumnya otak besar manusia terbahagi kepada dua iaitu otak kanan dan otak kiri. Beberapa kajian dan pendapat menyatakan bahawa fungsi otak kanan dan kiri berperanan memberi kesan motor pergerakan tangan manusia.
Ingat! Tidak
semua mereka yang bertangan kiri dianggap hebat kerana ada kalangan mereka bukan
dilahirkan cenderung menggunakan tangan kiri. Tetapi disebabkan masalah
kecacatan fizikal atau gangguan kesihatan pada tangan kanan akibat otot dan saraf
yang lemah dan rosak sehingga sukar menggerakkan tangan mereka.
Benarkah keturunan kidal boleh diwarisi?
Sebenarnya, tiada kajian tepat atau bukti kukuh menunjukkan
seseorang itu boleh mewariskan kecenderungan menggunakan tangan kidal kepada
ahli keluarganya atau generasi-generasi berikutnya.
Namun, potensi bagi anak-anak menjadi kidal adalah sekitar 25 hingga 50 peratus jika kedua-dua ibu bapa menggunakan tangan kidal berbanding salah seorang daripada mereka.
Kajian saintis tentang genetik pada 2013 dan 2014 turut mendakwa
antara 30 hingga 100 gen manusia yang berbeza boleh menyumbang kepada generasi
kidal.
Keputusan positif kajian ini amatlah kecil dan amat mencabar
kesahihannya dan tiada mana-mana pihak (saintis) memuktamadkan kajian tersebut.
Ibu bapa bimbang dan gusar
Ibu bapa
atau pasangan suami isteri akan berasa bimbang dan gusar jika anak mereka didapati kidal.
Pada peringkat awal usia, tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda anak mereka kidal tetapi setelah usianya meningkat dua atau tiga tahun baharulah tanda-tanda itu kelihatan jelas - apabila dia kerap mencapai atau memegang barang-barang seperti botol susu, puting dan barangan dengan tangan kirinya.
Antara dilema tangan kidal :
1. Kerusi dewan kuliah
Aduh! Macam mana nak menulis kalau mejanya ada dekat sebelah
kanan je. Lenguh tau! Bila tangan kiri terpaksa “diapungkan” ketika menulis.
2. Pembuka tin
Lamanya nak buka tin makanan (seperti tin sardin, susu dan lain-lain)
dengan menggunakan pembuka tin jika tidak boleh ditarik macam tin air minuman.
3. Pembaris / pita ukur
Pembaris biasa okey
lagi; tetapi masalahnya bila nak guna ukuran dekat bahagian atas - boleh
bersilang tangan jugaklah dibuatnya. Begitu juga apabila nak guna pita ukur; kena
julur kepala sikit nak tengok ukuran sebab tertindih dengan tangan kiri ketika
memegangnya.
4. Tetikus komputer
Kebiasaannya tetikus ini akan diletak sebelah kanan dan
semasa melakukan klik dan seret (drag) menjadi situasi agak leceh dan cukup
mengganggu tetapi bila dah biasa tidak menjadi masalah.
5. Gunting
Susah hendak memasukkan ibu jari ke lubang bahagian ibu jari dan begitu juga dengan jari telunjuk.
Maka, pada insan yang
bertangan kidal, mereka adalah istimewa dan hari ini diraikan “Hari Tangan Kidal
Sedunia” pada 13 Ogos setiap tahun. : KitaReporters
Sumber:
https://mediamaklumat.com/fakta-menarik-orang-tangan-kidal/
https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-asymmetric-brain/201911/genetics-left-handedness-new-breakthrough