Video| Dulu karipap angin, kini bomboloni kosong! Bomboloni tiada inti! Tergamaknya peniaga ini!
Published bySiapa sahaja yang pergi bazar Ramadan tidak rambang mata, lagi-lagi sedang berpuasa semuanya kelihatan sungguh enak dengan pelbagai kuih muih, air yang sedap dan pelbagai juadah yang jarang di makan.
Tetapi ada sesetengah peniaga di bazar Ramadan sekarang meletakkan harga makanan yang tidak masuk akal dan makanan yang dijual juga tidak sepadan langsung dengan harga yang telah ditetapkan.
Ini telah dikongsikan oleh seorang pemuda dalam TikTok dan rakan-rakannya yang membeli kuih bomboloni sebagai manisan mulut. Namun apa yang dikongsikan sangat-sangat tak masuk akal.
Lagi
Video yang dikongsikan dalam TikTok memaparkan beliau dan rakan-rakannya membeli empat biji bomboloni yang hanya ada inti pada bahagian atas sahaja. Di dalamnya kosong!!
Ada juga penjual yang nak untung sahaja!! Kenapalah tergamak jual macam ni?
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian daripada mereka sangat terkejut dan marah dengan tindakan penjual bomboloni ini yang memang tak masuk akal langsung.
Jika kita berada di tempat pembeli pasti rasa sangat marah, kerana kita dah bayangkan intinya yang sangat sedap di makan semasa berbuka puasa.
Tolonglah peniaga jangan buat pembeli begini! - KitaReporters