Video| Isteri tular video suami pijak al-Quran! Sebab bergaduh, sakit hati! Kedua-dua ditangkap!
Published bySEPASANG suami isteri, SL (kiri) dan CER (kanan) di Jawa Barat, Indonesia ditahan oleh polis selepas dipercayai terbabit memijak al-Quran yang viral dalam media sosial pada 4 Mei 2022 lalu. - Kredit foto: Ngopibareng.id
AKIBAT rumah tangga tidak selalu bahagia dan isterinya sering kali ditinggalkan telah menyebabkan seorang lelaki di Sukabumi, Jawa Barat sanggup bersumpah di depan al-Quran namun akhirnya ditangkap polis apabila video lelaki itu yang turut memijak al-Quran viral dalam media sosial pada 4 Mei 2022 lalu.
Lelaki terbabit yang bernama CER, 25, berasal dari Kampung Koleberes, Sukabumi berbuat demikian sebagai sumpahnya dan berjanji dengan isterinya, SL, 24, bahawa dia tidak akan bergaduh serta tidak akan meninggalkan lagi isterinya bersendirian di rumah.
Lagi
CER yang sedang memijak al-Quran dengan kakinya. - Kredit foto: Viva
Ini kerana, sebelum itu, pasangan suami itu yang sudah bernikah pada 2016 lalu dikatakan selalu bergaduh selain CER sering meninggalkan SL selama beberapa bulan tanpa sebarang alasan.
Media CNN Indonesia pada 7 Mei 2022 melaporkan, akibat perbuatan suaminya yang tidak bertanggungjawab itu telah mengakibatkan SL menyuruh dan memaksa CER bersumpah di depan al-Quran dan berjanji tidak akan melakukan lagi perkara yang sama terhadapnya (SL).
Aksi suaminya yang bersumpah bersama al-Quran dirakam oleh SL dan selepas bersumpah itu dikatakan CER yang memakai baju warna biru memijak pula al-Quran dengan kakinya seolah-olah mempersendakan agama Islam.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada April 2020 lalu.
Namun, video perbuatan CER yang mengaibkan agama Islam itu dimuat naik sendiri oleh SL dalam media sosial pada 4 Mac 2022 lalu akibat sakit hati terhadap suaminya yang mengulangi perkara yang sama dan masih bergaduh dengannya di samping CER selalu meninggalkan SL tanpa sebarang alasan.
SL dan CER ditahan oleh polis Sukabumi Kota, Jawa Barat untuk siasatan selanjutnya. - Kredit foto: Tribunnews.com
Sementara itu, Ketua Polis Sukabumi Kota, AKBP Sy Zainal Abidin berkata pihaknya telah menangkap pasangan suami isteri berkenaan setelah video itu viral dalam media sosial dan perbuatan mereka akan menjejaskan maruah agama Islam.
Zainal berkata, aksi pijak al-Quran yang dilakukan oleh CER pada April 2020 lalu dan dirakam dengan telefon SL. Rakaman video tersebut menjadi bahan ugutan SL kepada CER agar suaminya tidak mengulangi perbuatannya.
Kredit foto: Suara Merdeka.com
"Kedua pelaku itu beragama Islam dan awalnya mereka berbuat demikian untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka termasuk bersumpah bersama al-Quran .
‘’Tetapi, video tersebut diviralkan oleh SL dalam Facebook suaminya kerana dia merasa kesal dan sakit hati terhadap suaminya yang perangainya tidak berubah sama seperti dulu. CER juga tetap meninggalkan SL keseorangan di rumahnya dalam masa beberapa bulan,’’ katanya.
SEPASANG suami isteri yang dipercayai terbabit memijak al-Quran dikawal oleh petugas polis. - Kredit foto: Polis Sukabumi Kota
Sebelumnya, sebuah video berdurasi 14 saat viral dan dilihat seorang lelaki yang bernama CER berpakaian baju warna biru memijak-mijak al-Quran.
Zainal berkata, hasil siasatan polis mendapati kedua-dua pelaku
terbabit begitu cetek dalam hal hukum agama dan mereka memohon maaf kepada umat
Islam di negara itu di atas perbuatan mereka.
“Aksi CER itu melibatkan masalah rumah tangga mereka dan CER bersumpah di depan al-Quran kira-kira dua tahun lalu untuk meyakinkan isterinya bahawa dia tidak akan melakukan lagi perkara-perkara yang menyakitkan hati isterinya.
‘’Bagaimanapun, video tersebut baharu diviralkan dalam media sosial baru-baru ini oleh SL selepas pasangan suami isteri asyik bergaduh sehingga SL sakit hati terhadap suaminya yang masih bermain dengan sumpahnya itu,’’ kata Zainal lagi. - KitaReporters