Video| Tolong kami! Bantu siapkan Kompleks Pendidikan Al-Ummah di Chepor! Rayu sumbangan RM2 juta!
Published bySERI Al-Ummah di Chepor, Ipoh, Perak masih memerlukan infak serta sumbangan orang ramai sebanyak RM2 juta bagi membina dan menyiapkan fasa 1 Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) Chepor, yang sedang dalam pembinaan.
Bangunan fasa 1 ini akan digunakan bagi menempatkan pelajar sekolah rendah dan menengah hariannya di di kawasan baharu yang lebih selesa.
Lagi cerita-cerita berkaitan tolong kami, bantu kami
Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Perak, Mohd Nasir Kamarudin berkata, pembangunan Kompleks Pendidikan yang dirancang itu jika siap sepenuhnya akan menjadi salah satu bangunan sekolah agama dan akademik termoden dan terbesar di Perak.
Bagi merealisasikan pembangunan sekolah yang semangatnya masih berkonsepkan sekolah rakyat maka sumbangan orang ramai sangat diperlukan. Sumbangan yang diterima setakat ini masih belum mencukupi.
Katanya, pembinaan sekolah harian menengah dan rendah itu diperlukan kerana kemudahan bangunan yang ada sekarang tidak mampu untuk menampung pertambahan murid yang semakin meningkat. Kawasan yang ada sempit dan berada berhampiran jakan raya yang sibuk terutama waktu puncak.
Sementara sekolah menengah pula menyewa 4 blok kedai setingkat di Taman Meru Perdana kira-kira 1km dari lokasi utama Seri Al-Ummah.
Seri Ummah kini mempunyai seramai lebih 1,105 murid yang melaksanakan sistem pembelajaran agama dan akademik mengikut kurikulum Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Beliau berkata, pada masa kini kerja-kerja menanam cerucuk dan infrastruktur awal telah dimulakan dan sedang berjalan menggunakan sumbangan yang ada tetapi memerlukan RM2 juta lagi untuk menyiapkan fasa 1 ini.
Menurut beliau lagi, tapak KPU berkeluasan tiga ekar ini adalah tanah wakaf khas Seri Al-Ummah milik Majlis Agama Islam Negeri Perak di Lot 62592, Jalan Jelapang, Ulu Chepor, Chemor, Perak.
"Jika semangat kolaborasi dan "ta'awun" serta umat Islam cakna tentang konsep infaq dan wakaf maka semangat berlumba-lumba menyumbang dapat digerakkan dalam kalangan setiap lapisan masyarakat, maka harapan untuk melihat terdirinya bangunan Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) ini akan menjadi kenyataan.
Mohd Nasir berkata, dari segi jangka panjang pihaknya berhasrat untuk membina sebuah kompleks pendidikan yang lengkap dan moden yang keseluruhanya dianggarkan berjumlah sebanyak RM45 juta.
Beliau memberitahu ahawa umat Islam boleh menyumbang melalui mana-mana akaun rasmi KPU di Bank Islam 08095010006863 Kompleks Pendidikan Al-Ummah Chepor atau Maybank 558435107703 Tabung Pembangunan Kompleks Al-Ummah.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Mohd Nasir 0195102105 atau 05-5253498. - KitaReporters