Video| Ke laut! Rosak lagu Tiara! Sedap ketika rekod tapi lain pula jadinya apabila nyanyi live!
Published byKETIKA rekod kedengaran agak sedap namun apabila menyanyi secara 'live' di depan penonton terus ke laut kedengarannya.
Itu yang terjadi kepada penyanyi muda Indonesia, Raffa Affar yang dikecam teruk akibat menyanyi lagu dari Malaysia, 'Tiara' dalam satu konsert yang diadakan di Indonesia baru-baru ini.
Akibat nyanyian itu juga ramai netizen terutama dari Malaysia sangat marah kerana bagi mereka penyanyi ini telah 'spoilkan' lagu nyanyian daripada Kristoffer Hunecke.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan
Ini bukanlah kali pertama mereka dari Indonesia cuba menyanyi semula lagu dari Malaysia kerana mereka tahu market di Malaysia sangat besar malahan boleh dikatakan ada beberapa penyanyi yang terus terkenal apabila menyanyi lagu dari Malaysia.
Penyanyi otai dari Malaysia, Dato Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak perlu sanjung sangat penyanyi mereka kerana menyanyi lagu kita.
Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Dato Hattan itu. Kenapa kita terlalu obses dengan mereka sedangkan kita punya ada ramai penyanyi yang berkaliber tinggi.
Inilah perbezaan penyanyi yang mempunyai bakat berbanding mereka yang menyanyi sekadar mencari glamor semata-mata.
Jika ada bakat, sudah pasti ia boleh pergi lebih jauh dan mampu bertahan lebih lama dalam dunia seni jika tidak, naik mendadak dan selepas satu dua lagu 'artis' media sosial ini akan hilang dari radar. - KitaReporters