PETA kedudukan Samarinda di Kalimantan Timur, lokasi pembunuhan seorang guru oleh dua pelajarnya. -Kredit Google Map


HANYA kerana marah disebabkan telefon bimbit diambil oleh seorang guru, dua pelajar sekolah pondok Darus As’saadah di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia tergamak membunuh guru mereka dalam kejadian pada 23 Februari 2022 lalu. Ia hanya dilaporkan oleh media pada Sabtu, 26 Februari.

Memetik Kompas.com, guru berkenaan, Eko Hadi Prasetya, 43, bertindak merampas telefon bimbit seorang daripada dua pelajar tersebut sehari sebelum kejadian kerana pelajar itu menggunakan telefon ketika kelas sedang berlangsung.

Pelajar itu kemudian menceritakan hal tersebut kepada seorang rakannya. Nama kedua-dua pelajar tut tidak didedahkan. 

Tindakan guru ini tidak disenangi kedua-dua mereka yang merancang mendapatkan kembali telefon berkenaan.  Cuma mereka telah mengambil langkah yang salah dan ganas


Lagi cerita-cerita jenayah mengenai pembunuhan

POLIS melakonkan semula bagaimana seorang guru terbaring tidak bermaya setelah dipukul oleh dua pelajarnya sehingga mati. - Kredit Tribune


Menurut Ketua Polis Kota Samarinda, Ary Fadhli, hasil siasatan, kedua-dua remaja itu memberitahu hanya mahu membuat guru mereka pengsan agar memudahkan mereka mengambil telefon yang diketahui disimpan dalam bekas barang motosikalnya. Mereka mendakwa tiada niat untuk membunuh.

Mereka menunggu peluang menyerang guru tersebut di sebuah jalan di Kelurahan Mugirejo, Kacamatan Samarinda Utara, tidak jauh dari masjid dan sekolah pondok tempat mereka belajar. Mangsa ketika itu baharu selesai menunaikan solat subuh.

Ketika melaksanakan kerja jahat mereka, kedua-dua pelajar tersebut masing-masing menyamar, seorang memakai topeng monyet sementara seorang lagi memakai jaket menutup muka.

Pada mulanya mereka dikatakan meminta kepada guru berkenaan agar telefon bimbit mereka dikembalikan.

Namun guru tersebut enggan berbuat demikian dengan alasan jika dikembalikan, kedua-duanya akan mengulangi perbuatan menggunakan peralatan itu ketika sesi pelajaran di dalam kelas.


DUA pelajar yang didakwa membunuh guru mereka di Samarinda, Kalimantan Timur. - Kredit TribuneCirebon
Keengganan guru tersebut menimbulkan kemarahan kedua-dua pelajar tersebut. 

Mereka lalu menyerang mangsa, masing-masing menggunakan kayu yang banyak terdapat di situ kerana ia merupakan kawasan bekas pembinaan.

Mereka memukul kepala mangsa hingga tidak berdaya. Kebetulan pada kayu tersebut ada paku melekat

Lantaran itu hayunan kayu dan paku tersebut menyebabkan kecederaan teruk pada kepala guru berkenaan, juga bahagian leher.

Usai melakukan perbuatan keji itu, kedua-dua sahabat berkenaan melarikan diri setelah mengambil telefon dari tempat simpanan barang motosikal guru tersebut. Tempat barang ini terbuka ketika polis melakukan siasatan.



Jeritan kesakitan guru berkenaan menyebabkan orang ramai bergegas ke lokasi. Mereka menemui mangsa dalam keadaan parah berlumuran darah lalu mengejarkannya ke hospital. Namun setelah beberapa jam dirawat, guru tersebut meninggal.

Hasil risikan, pihak polis bertindak menangkap kedua-dua pelajar berkenaan. Barang bukti juga ditemukan.

Akibat sikap keterlaluan bertindak menurut perasaan, kedua-dua pelajar tersebut kini bakal menghadapi pertuduhan membunuh. 

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudaian tidak berguna. Nasi sudah menjadi bubur. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. KitaReporters

Dua pelajar yang disyaki membunuh seorang guru. - Kredit foto: Tribun Sumsel

 

 

 

 

 

 

 

 

 

15
11
1
9
0

Copy Link: