Video| M Daud Kilau okey, tak nazak! Tapi pakai lampin pakai buang! Mohon doa peminat bukan wang!
Published byManusia jika sudah melepasi usia 80 tahun biasanya akan mengalami beberapa masalah kesihatan.
Antara insan seni yang sudah lanjut usia ialah penyanyi yang digelar Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau yang berusia 83 tahun pada 10 Julai 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan M Daud Kilau
Sepanjang Raja Gelek ini kurang sihat, banyak pihak yang melakukan kunjungan ke rumahnya di Bagan Datuk, Perak bagi menyampai beberapa sumbangan termasuk wang ringgit.
Akibatnya, timbul berita tidak benar yang keluar dalam sosial media bahawa penyanyi veteran tersohor ini kini menghadapi masalah kewangan.
Menurut M Daud, dia masih tidak memerlukan bantuan kewangan kerana simpanannya masih ada. Namun dia mengharapkan doa daripada orang ramai agar penyakitnya akan kembali bertambah baik.
M Daud Kilau menyulam sendiri pakaian untuk persembahan
Bermula setelah menjuarai Bintang Radio Singapura pada tahun 1968, M Daud menjadi artis rakam pada tahun 1972 dengan album pertamanya ‘Anak Yang Pertama’.
Sepanjang bergelar artis rakaman M Daud telah merakam puluhan album dan EP dengan sejumlah lagu malar segarnya dengan menjadi artis beberapa syarikat rakaman.
Antara lagu malar segarnya ialah ‘Sireh Pinang’, ‘Cek Mek Molek’. ‘Judi’ dan ‘Hutang Minta Hutang’ dan banyak lagi. Dia penah diundang Datuk Seri Nurhaliza Tarudin dalam konsert di Istana Budaya dan di RTM.
Selain bergelek, M Daud juga terkenal memakai baju labuci dan berwarna warni. Pakaian yang dipakainya digubah sendiri oleh M Daud.
M Daud dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Datuk.