Video| Kecil-kecil cili padi! Juara catur dunia tewas kepada remaja 16 tahun! Jadi satu inspirasi!
Published byRAMESHBABU atau Pragg bangga dengan kejayaannya mewaskan juara dunia. - Kredit foto: South China Morning Post.
KECIL-kecil cili padi. Walau masih berusia 16 tahun, seorang remaja dari Chennai, Tamil Nadu di India, Rameshbabu Praggnanandhhaa, membuktikan dia bukan calang-calang hebatnya dalam permainan catur sehingga berjaya menewaskan juara dunia, Magnus Carlsen.
Rameshbabu, yang mesra dengan panggilan Pragg, kini menjadi pemain catur termuda dunia yang berjaya menewaskan Carlsen, 31, warga Norway. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan dirinya tetapi juga India.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan catur
Rameshbabu atau Pragg, remaja dari Chennai, India yang berjaya menewaskan juara catur dunia, Magnus Carlsen. -Kredit foto: newsonair.com
Memetik laporan npr.gov pada 24 Februari 2022 lalu, Pragg berjaya menewaskan Carlsen dalam kejuaraan Meltwater Champions Chess Tour 2022 dalam satu pertandingan yang diadakan secara online. Kejuaraan tersebut turut disertai 19 pemain elit dunia.
Carlsen memegang
gelaran juara catur dunia sejak 2013. Tidak diduga gelaran yang dipegangnya
digugat oleh seorang remaja yang tidak pun begitu dikenali sebelum ini.
Bagi Carlsen, kekalahan tersebut adalah satu tamparan hebat. Dia mengakui melakukan beberapa kesilapan pergerakan dalam persaingannya dengan Pragg yang akhirnya menyaksikan dia kecundang.
MENUS Carlsen, juara catur dunia yang tewas di tangan remaja, Rameshbabu. - Kredit foto: The Guardian.com
Sementara
Pragg tentunya amat gembira dengan kejayaannya. Dia berjaya memperbaiki mutu
permainannya pada hari pertama pertandingan. Ekoran itu dia berjaya meneruskan
rentak permainan sehingga sukar ditandingi Carlsen.
Menurut
Carlsen, dia juga disahkan positif Covid-19 sebelum kejuaraan dan ini sedikit
sebanyak mengganggu rentak permainannya kesan daripada jangkitan berkenaan.
Dia merasai kesan teruk akibat virus pembunuh itu kerana sekali pun telah bermain dengan baik dalam beberapa set, dia melakukan banyak kesilapan dan menyifatkan permainan dalam set lain sebagai teruk.
MENUS Carlsen ketika berentap dengan Rameshbabu dalam persaingan yang menyaksikan juara catur dunia itu kecundang. - Kredit foto: Yahoo.
Kejayaan Pragg menjadi inspirasi kepada para pemain catur remaja India yang ingin menempa nama sebagai pemain ternama. Mereka berharap akan dapat mencapai kejayaan seperti yang dicapai oleh Pragg.
Menurut
rekod, daripada 73 pemain catur ternama India, sejumlah 31 orang berasal dari
negeri Tamil Nadu. Ini mungkin kerana negeri tersebut mewajibkan catur sebagai subjek
wajib dalam semua sekolah kerajaan.
Ini menjelaskan kenapa Pragg mampu melakar kejayaan walau di usia remaja hasil didikan di sekolah dan juga komitmen dirinya untuk menjadi pemain catur hebat dunia. - KitaReporters.com