"PANGGILAN PKP" DI PULAU TERENGGANU 100%
Published byJANGAN ingat penduduk yang tinggal di tanah besar sahaja yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebaliknya mereka yang tinggal di pulau juga termasuk dalam perintah terbabit dan tidak terkecuali daripada arahan pihak berkuasa untuk tinggal di rumah masing-masing bagi mengelak penularan COVID-19. : KitaReporters
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abd Rozak Mohammad
Begitulah nasib sama terpaksa dihadapi penduduk di Pulau Perhentian dan Pulau Redang, Terengganu yang terpisah dengan tanah besar negeri ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abd Rozak Mohammad ketika merujuk perkara itu berkata, bagi daerah Besut penduduk Pulau Perhentian tetap dikenakan perintah sama berkuat kuasa 18 Mac hingga 14 April 2020.
Katanya, ramai yang menyangka penduduk yang tinggal di pusat pelancongan itu bebas bergerak ke mana sahaja, tetapi hakikatnya mereka juga terikat dengan perintah berkenaan.
Bagaimanapun, penduduk terbabit dibenarkan keluar ke
daratan menggunakan bot jika ada urusan penting termasuk bila berlaku kes
kecemasan dan membeli barang keperluan untuk tempoh pelaksanaan PKP.
Ketika ini, kira-kira 2,000 penduduk sebahagian
besarnya nelayan tinggal di Pulau Perhentian yang tersohor dengan aktiviti pelancongan
yang kerap dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.
Sebahagian bekalan makanan yang dihantar kepada penduduk Pulau Perhentian menggunakan bot APMM.
Berikutan pelaksanaan PKP, pulau itu kini sunyi dan lengang kerana hanya penduduk tetap sahaja yang tinggal di situ.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut,
Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, walaupun kerajaan mengenakan sekatan,
tetapi ada sebahagian kecil nelayan terpaksa berada di lautan bagi mencari
rezeki dengan menangkap ikan.
“Kita faham dengan nasib nelayan terbabit yang
terpaksa meneruskan kerja menangkap ikan kerana itu sahaja sumber pendapatan
mereka,” katanya.
Mengenai bekalan makanan, Tengku Zaihan berkata,
kerajaan negeri melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sudah diarah
mengenal pasti penduduk yang terjejas dengan keadaan berkenaan.
Malah, katanya, baru-baru ini, ada badan bukan kerajaan
(NGO) turut menghantar bekalan makanan kepada 30 penduduk pulau itu yang
benar-benar terjejas dengan keadaan sekarang.
Sukarelawan NGO dan anggota APMM sedang memunggahkan bekalan makanan untuk dihantar ke Pulau Perhentian.
Katanya, penghantaran bekalan makanan menggunakan khidmat bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APPM) berjalan lancer kerana keadaan cuaca pada masa ini juga amat baik.
“Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang sama-sama mengambil tanggungjawab membantu penduduk yang
memerlukan bantuan,” katanya.
Sementara itu, pematuhan warga laut dan pengusaha resort serta chalet terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu mencapai 100 peratus.
Lengang... Balai Polis Pulau Perhentian
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kepten Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, sejak PKP dikuatkuasakan mulai 18 Mac 2020, mereka tidak melakukan sebarang aktiviti laut yang tidak dibenarkan.
“Kami amat berpuas hati dengan tahap pematuhan mereka.
"Sepanjang tempoh dua minggu ini belum ada tangkap terhadap mereka yang ingkar.
"Pergerakan nelayan memang dibenarkan, tetapi aktiviti lain seperti ‘sport fishing’, sewaan bot memancing dan candat sotong serta aktiviti rekreasi tidak dibenarkan,” katanya. - KitaReporters
Penduduk Pulau Perhentian,Terengganu turut dikenakan peraturan PKP.